Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Suka Hati ‘Claim’ Lagu Lemak Manis Milik Indonesia, Penyanyi Indo Menangis Mohon Maaf Kepada Roslan Madun

by Puteri Alia
September 15, 2023
Share on Facebook

Kontroversi membabitkan lagu rakyat popular, Lemak Manis nyanyian Roslan Madun, 70, yang dikatakan menciplak lagu dari Indonesia berjaya diselesaikan secara baik.

Isu ini tercetus apabila penyanyi Indonesia, Lina Rahim menyanyikan lagu itu di bawah syarikat rakaman Eagle Record Indonesia dan dimuat naik di YouTube.

Namun, mereka tidak meletakkan kredit terhadap Roslan sebagai pencipta dan penyanyi asal lagu itu tetapi meletakkan nama Lina sebagai penulisnya.

Ia menimbulkan salah faham sehingga ramai yang meminta supaya Roslan menyaman syarikat rakaman terbabit kerana melanggar akta harta intelek atas kesalahan plagiat.

Roslan menerusi Facebook memaklumkan sudah menghubungi semua pihak terbabit dalam isu ini dan menganggap ia sudah berakhir.

“Saya sudah menelefon Lina Rahim semalam, sayu sangat suaranya dan dia amat tertekan. Sepanjang perbualan itu dia menangis “Pakcik tahu Lina tak berniat plagiat lagu Lemak Manis tu” dan saya cuba tenangkan dia.

“Ya pakcik…” suaranya tersekat dan tangisannya makin dalam, saya jadi sebak dan insaf atas ketulusan hatinya. “Jangan menangis nak! Pakcik telefon ni kerana tak mau anak rasa bersalah sebab pakcik tau Lina anak yang baik”

“Saya dah tak tahan mendengar tangisannya. Suasana sepi seketika, yang terdengar hanya suara tangisnya. “Lina minta maaf pakcik kerna sudah tersilap” menggeletar suaranya memohon maaf,” tulisnya.

Roslan berkata, apabila isu ini tular, pelbagai pihak bercakap mengenainya dan ada yang menghubunginya, namun dia memilih berdiam diri.

“Wartawan pun ‘call’ (hubungi) ingin kenyataan daripada saya. Tapi saya tak jawab sepatah pun. Keadaan tak perlu dikeruhkan tapi wajib dijernihkan. Saya menghubungi komposer saya (Aye) di Sungai Pakning. Ya, memang Lina ini anak yg baik, Allahuakbar. Aye beri saya nombor telefon Lina.

“Betullah firasat saya bukan Lina yang muat naik video itu di YouTube. Tapi Eagle Record Indonesia yang juga sudah memohon maaf dan menyuntingnya semula. Jika kita mahu mencari kebaikan, Tuhan akan menunjukkan jalannya.

“Jangan cari permusuhan, kerana musuh dalam diri sendiri pun dah tak terlawan. Akhirnya kami bersaudara. Lina saya jadikan anak angkat saya. Insya-Allah jika izin Allah kami akan rakam lagu duet di bawah Eagle Record. Amin ya Rabbil Alamin,” katanya.

Terdahulu, Roslan yang dikatakan kecewa dengan perkara ini akan mengambil tindakan lanjut terhadap apa yang berlaku.

Dia bagaimanapun berlapang dada selepas menghubungi pihak-pihak untuk menyelesaikan isu lagu yang mula dinyanyikannya sejak 1982 ini.

Lemak ManisRoslan Madun
https://lomp.at/qsbgs
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara