Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Nahas FRU: Sultan Selangor Titah Lesen Pemandu & Syarikat Ditarik Sekiranya Didapati Bersalah

by Naddy Joe
May 15, 2025
Share on Facebook

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap tragedi yang mengorbankan 9 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kemalangan ngeri di Teluk intan, Perak pada Selasa.

Menerusi titah perutusan takziah yang dimuatnaik di laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah, pihak kerajaan  mengambil perhatian serius dengan kemalangan jalanraya khususnya yang membabitkan kenderaan berat di jalan raya dan lebuhraya.

“Baginda kesal kerana telah berulang kali menyuarakan kebimbangan ini khususnya apabila menyentuh tentang hukuman terhadap pemandu kenderaan atau pun syarikat yang didapati cuai dan tidak menepati syarat keselamatan yang ditetapkan.”-titah Sultan Sharafuddin

Lesen Memandu Pemandu & Syarikat Wajar Ditarik Sekiranya Didapati Bersalah

via Berita Harian

Baginda juga mahukan pemandu dan syarikat terlibat bukan sahaja didenda atau dipenjara, malah lesen memandu mereka wajar ditarik balik sekiranya didapati bersalah.

“Baginda mahu , sekiranya didapati bersalah dan menjadi punca dalam kemalangan maut atau menyebabkan kecederaan parah, pemandu dan syarikat terlibat bukan sahaja perlu didenda atau dipenjara, malah lesen memandu mereka wajar ditarik balik.

Ini bagi memberi pengajaran kepada pemandu lain agar mereka lebih berhati-hati dan memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi ketika memandu.”-titah Sultan Sharafuddin

Baginda turut mengingatkan semua pihak terlibat agar tidak menutup sebelah mata dan memandang ringan terhadap perkara-perkara yang boleh membawa kepada kecuaian seperti kondisi kenderaan dan kelayakan pemandu.

Topik Berkaitan Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

Apa komen anda?

sultan selangorSultan Sharafuddin Idris Shah
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara