• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Sump*h Sedap & Makin Ketagih, Begini Caranya Nak Buat Popia Big Mac Yang Viral!

by Soph Azz
March 25, 2024
Foto - @akiejack (TikTok)

Foto - @akiejack (TikTok)

15
KONGSIAN
Share on Facebook

Dari satu ke satu, sedar-sedar sudah 10 batang popia masuk ke dalam perut. Memang sedap!

Jika kamu ada scroll TikTok kebelakangan ini, pasti kamu ada ternampak sebuah video daripada pengguna @akiejack yang berkongsikan video resepi popia Big Mac.

Kalau kamu nak tahu, resepi ini sebenarnya diinspirasikan daripada burger Big Mac yang dijual di McDonalds. Memang sedap dan resepinya pula sangat senang.

@akiejack

Layan ni makan time moreh ? #bigmac #popia #springrolls #bigmacpopia #akiemasak #bolehtakkantakboleh #kongsibersama #kongsiselera #ramadan #puasa #raya2024 #resipi

♬ original sound – AkieJack – AkieJack

Bahan-bahan popia Big Mac:

  1. Daging cincang (apa-apa jenama)
  2. Bawang putih
  3. Bawang holland
  4. Lada hitam
  5. Garam
  6. Jeruk
  7. Mayonis
  8. Mustard
  9. Sos cili
  10. Sos tomato
  11. Kulit popia
  12. Kepingan keju

Cara membuat inti: 

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang holland yang dipotong sehingga naik baunya.
  2. Kemudian masukkan daging cincang, lada hitam dan sedikit garam.
  3. Pastikan gaul kesemua bahan-bahan sehingga rata dan siap.

Cara menyediakan sos Big Mac:

  1. Potong jeruk terlebih dulu.
  2. Dalam sebuah mangkuk, masukkan mayonis, mustard, sos cili dan sos tomato.
  3. Masukkan jeruk yang dipotong dan bawang yang dipotong kecil.
  4. Gaul rata dan ketepikan sekejap.

Cara membuat popia Big Mac:

  1. Di atas sebuah pinggan, letakkan kulit popia.
  2. Letakkan kepingan keju di atas kulit popia.
  3. Kemudian letakkan inti daging di atas kepingan keju.
  4. Selepas itu, letakkan sos Big Mac sedikit dan gulungkan kulit popia.
  5. Di bahagian hujung kulit popia, letakkan sedikit air teping untuk gamkan kulit tersebut.
  6. Goreng sehingga kulit popia warna kuning keemasan.
  7. Biarkan sejuk seketika dan cicah bersama lebihan sos Big Mac.

Untuk lebih ‘ngam’, waktu moreh nanti kamu goreng popia Big Mac ini dan makan bersama secawan air teh panas. Selamat mencuba!

akie jackBig Macmcdonaldspopia big macresepi popia big mac
https://lomp.at/g2u8k
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gambar Hasil Dari AI
LifeXplore

Pelik Tapi Sedap, Ini 3 Fakta Unik Tentang Chee Cheong Fun & Churros Di The Westin KL

by Phic ARMAN
January 20, 2026

Ramadan kali ini, MURAI singgah ke “Cerita Kita di Ramadan 2026” di The Westin Kuala Lumpur. Dari tahun-tahun sebelum ini,...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Lidah Bakar Di Sebalik 100 Sajian Bufet Eksklusif Putrajaya Marriott Hotel

by Phic ARMAN
January 14, 2026

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan menghadiri sesi preview bufet Ramadan di Putrajaya Marriott Hotel, dan jujurnya... pengalaman kali ini memang lain...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore