Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Sunshine Bakeries Perkenal Siri Dorayaki Baharu Dengan Inti Durian Musang King

by Nurul A.
July 4, 2026
Foto - Sunshine Bakeries

Foto - Sunshine Bakeries

45
KONGSIAN
Share on Facebook

Lembut, gebu dan digemari oleh pelbagai generasi, Dorayaki telah lama menjadi antara snek paling ikonik dari Jepun dan kini Sunshine Bakeries membawakan kegemaran Jepun ini lebih dekat dengan rakyat Malaysia dengan melancarkan siri Dorayaki terbaharu mereka. 

Direka khas untuk cita rasa rakyat Malaysia, siri ini hadir dengan lima pilihan perisa, termasuk Durian Musang King kegemaran tempatan dengan rasa yang tersendiri, pilihan klasik berinspirasikan Jepun seperti Azuki Red Bean dan Matcha, Cheese yang sentiasa menjadi kegemaran ramai, serta Taro, pilihan ala kafe yang menawarkan kemanisan yang lebih lembut dan moden.

Keistimewaan Sunshine Dorayaki bermula daripada resipinya yang tersendiri. Dihasilkan menggunakan susu Hokkaido istimewa Sunshine Bakeries, setiap dorayaki menggabungkan inspirasi Jepun dengan sentuhan Sunshine dalam menghasilkan produk bakeri yang lembut, gebu dan digemari rakyat Malaysia. 

View this post on Instagram

Bagi penggemar durian, perisa Durian Musang King pastinya tidak asing lagi. Membawakan semula rasa yang digemari ramai menerusi Roti Berkrim Durian MUSANG KING yang dilancarkan pada 2025, perisa ini kini tampil dalam dorayaki yang lembut dan gebu. Gabungan rasa Durian Musang King yang lebih kaya dan penuh rasa, digabungkan bersama tekstur pankek yang ringan menjadikan setiap gigitan lebih memuaskan dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. 

Perisa Cheese menawarkan kelainan dengan rasa yang berkrim dan sedikit masin, sesuai untuk mereka yang mencari sesuatu yang berbeza. Sementara itu, perisa Azuki Red Bean membawakan rasa klasik yang cukup sinonim dengan dorayaki Jepun, menjadikannya pilihan yang pasti digemari oleh mereka yang menggemari cita rasa tradisional. 

Perisa Taro melengkapkan rangkaian ini dengan rasa yang lembut dan berkrim, manakala perisa Matcha membawakan rasa teh hijau Jepun yang kaya dengan keseimbangan manis dan sedikit pahit yang digemari ramai. Dengan lima pilihan perisa yang berbeza, setiap satunya menawarkan kelainan tersendiri untuk dinikmati. 

View this post on Instagram

Mulai hari ini, Sunshine Dorayaki boleh didapati di peruncit utama dan kedai serbaneka di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Kuantan, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Disahkan halal dan dihasilkan untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia, Sunshine Dorayaki menggabungkan kelembutan dorayaki ala Jepun dengan pilihan perisa yang digemari ramai. Mudah dinikmati pada bila-bila masa, ia merupakan snek yang sesuai untuk melengkapkan momen harian. Persoalannya kini, perisa manakah yang akan menjadi pilihan anda terlebih dahulu? 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang (https://www.sunshinebakeries.com.my/) atau ikuti Sunshine Bakeries di Instagram (@sunshinebakeries.my) dan Facebook (@Sunshine Bakeries Malaysia). 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
4
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dorayakimusang kingsunshine bakeriessunshine bakeries dorayaki
Share18Tweet11SendShare

KINI TRENDING

Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara