Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

[VIDEO] Suria KLCC Menjemput Pengunjung Ke Sambutan “Warna Warni Deepavali”

Di mana dekorasi menakjubkan dan penjimatan hebat bersatu untuk pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan!

by Aphit J.
October 26, 2024
Share on Facebook

Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik Malaysia, mengajak anda untuk menerokai keindahan Deepavali dengan kempen “Warna Warni Deepavali” yang memukau.

Mengabungkan Tradisi Budaya Dan Komuniti

Dari 25 Oktober hingga 3 November, Suria KLCC akan menampilkan kemeriahan sambutan Deepavali dengan menggabungkan tradisi, budaya, dan penglibatan komuniti dalam meraikan perayaan penuh gemilang ini pada 31 Oktober.

Sepanjang tempoh ini, pengunjung akan dibawa ke dalam suasana penuh warna dan dekorasi yang  indah.

Pusat beli-belah dihiasi dengan kalungan bunga, toran tradisional, dan buaian yang direka dengan elegan, mencipta latar yang sempurna untuk momen-momen yang tidak dapat dilupakan dan sesuai untuk Instagram.

Di Centre Court, pengunjung disambut dengan laluan yang diterangi cahaya lampu, tanglung, dan kelopak bunga yang berwarna warni.

Dekorasi menakjubkan ini menjadi pembuka kepada tarikan utama: kolam interaktif, payung mehndi yang berputar, beca yang dihias dengan penuh seni, serta  penampilan replika gajah yang gah dan menakjubkan.

Terdapat Tarian Tradisional

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Kesan pencahayaan yang diaktifkan oleh pergerakan pengunjung menambah keterujaan perayaan, mencipta pengalaman membeli-belah yang penuh keajaiban.

Untuk menambah kemeriahan sambutan, persembahan tarian tradisional India akan diadakan di Centre Court pada hari-hari terpilih – 28 dan 31 Oktober, serta 2 dan 3 November.

Persembahan yang memukau ini akan menonjolkan keindahan dan kepelbagaian budaya India, sekali gus memeriahkan suasana perayaan untuk semua pengunjung.

Dalam semangat Deepavali, Suria KLCC juga menghargai para pelanggannya melalui ‘Shoppers Reward Programme’.

Pengunjung yang berbelanja sebanyak RM800 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai kedai terpilih akan menerima e-Baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM50, memberikan lebih banyak sebab untuk meraikan dan menikmati pilihan runcit yang luas di pusat beli-belah ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
deepavaliklcc
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara