Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

by Phic ARMAN
December 19, 2025
2.6k
KONGSIAN
Share on Facebook

Video yang kini hangat di media sosial menunjukkan detik manis antara Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Ampuan Pahang, dan Permaisuri Thailand, Suthida Bajrasudhabimalalakshana. Dalam beberapa video yang dimuat naik pengguna TikTok, kedua-duanya dilihat berjalan bersama, tangan saling memimpin, tak lekang dari genggaman. Akrab, manis, dan buat ramai yang menonton tersenyum melihat keserasian ini.

@fromwinterytoyou

แข่งวันสุดท้าย มีกำลังใจแสนพิเศษ💛💜 แข่งเรือใบซีเกมส์วันที่4 18/12/68 #พระราชินีสุทิดา #ซีเกมส์2025 #ในหลวงรัชกาลที่10

♬ เสียงต้นฉบับ – wintery – wintery

Detik ini berlaku ketika Tunku Azizah hadir ke majlis penyampaian pingat acara Mixed Keelboat SSL47 di 33rd SEA Games, bertempat di Ocean Marina Yacht Club Pattaya, Sattahip, Chonburi, Thailand. Majlis ini turut dihadiri oleh Raja Thailand, King Maha Vajiralongkorn.

Lebih menarik, Permaisuri Suthida mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas acara sukan layar pada Sukan SEA yang berlangsung di Thailand, hari ini. Suthida, 47 tahun, bertanding dalam kategori keelboat campuran SSL47 menggunakan bot sepanjang 14 meter bersama sembilan anak kapal. Beliau berperanan sebagai ahli taktik dan jurumudi utama, memimpin pasukan Thailand muncul juara, mengatasi pasukan Malaysia dan Myanmar.

Sebanyak 11 negara pada asalnya dijadual mengambil bahagian, namun Kemboja menarik diri atas faktor keselamatan susulan konflik sempadan dengan Thailand yang tercetus beberapa hari sebelum majlis pembukaan.

Raja Vajiralongkorn, 73, turut menyampaikan pingat emas, perak, dan gangsa kepada para pemenang termasuk kepada Permaisuri Suthida sendiri.

@welovehmsv

พระอัจฉริยภาพเป็นที่ประจักษ์ สมเด็จพระนางเจ้า ฯ พระบรมราชินี ทรงนำทีมเรือใบไทยคว้าเหรียญทองซีเกมส์ ⛵️🏅🏆💜✨ #พระราชินีสุทิดา #queensuthida #seagames2025 #ในหลวงรัชกาลที่10 #queenofthailand

♬ เสียงต้นฉบับ – เดอะจี 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐂 𝐋𝐘𝐑𝐈𝐂𝐒 – เดอะจี 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐂 𝐋𝐘𝐑𝐈𝐂𝐒

Selain sebagai kerabat diraja, Permaisuri Suthida juga seorang graduan komunikasi, pernah bekerja sebagai pramugari Thai Airways, dan aktif sebagai atlet sebelum menyertai perkhidmatan ketenteraan.

Di ruangan komen, warganet tidak lokek pujian:

“Mereka berdua dilihat begitu rapat sejak pemahkotaan King Charles III. Semoga umur panjang, Duli Yang Maha Mulia Raja dan Permaisuri Thailand serta Malaysia.”

Rata-rata netizen menganggap momen ini sebagai simbol persahabatan mesra antara dua kerabat diraja, selain menzahirkan rasa kagum melihat Tunku Azizah dan Permaisuri Suthida begitu santai dan mesra walaupun dalam majlis rasmi.

Video ini bukan sahaja mencuri tumpuan rakyat Malaysia dan Thailand, tetapi juga menjadi bukti bahawa persahabatan sejati boleh dilihat dalam gesture paling sederhana—seperti tangan yang tak lepas.

[VIDEO] Gelagat Tunku Azizah & Tengku Hassanal Dukung Bayi, Curi Tumpuan Ramai!
Suthidatunku azizah
https://lomp.at/suthida
Share1050Tweet656SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

5 Kata-kata Tareq Fit Yang Buat Netizen Naik Angin Tapi ‘Engagement’ Tetap Tinggi

by Phic ARMAN
February 25, 2026

Nama Tareq Fit bukan datang dari dunia hiburan. Bukan pelakon, bukan penyanyi, bukan juga influencer besar. Tapi sejak aktif bercakap...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] ‘Lelaki Bodoh Untuk Perempuan Yang Bodoh’- Ramai Selebriti Kecam Video Gadis Dipukul

by Phic ARMAN
February 17, 2026

Video tular memaparkan seorang remaja perempuan dikasari teman lelakinya di tepi jalan nyata mengundang rasa kurang senang ramai. Rakaman yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Putera Mateen Timang Puteri Sulung, Istilah ‘Meluaran’ & Cara Umum Macam Raya Curi Tumpuan

by Phic ARMAN
February 9, 2026

MURAI rasa ramai yang senyum sendiri bila dengar berita gembira dari Brunei ini. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Rumah Lelong Di Semenyih Ini Dikaitkan Dengan Filem Seram ‘Ju On’. Kenapa?

by Phic ARMAN
February 6, 2026

MURAI terdiam seketika membaca satu perkongsian yang tular di Threads. Bukan kerana harga rumah yang menjunam drastik, tetapi kerana kisah...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara