Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Okay Saja” – Syafiq Farhain Tiada Masalah Dengan Keluarga Tiri

Syafiq turut akui bahawa hatinya sudah dimiliki oleh seorang gadis

by Khai Azfar
August 26, 2021
82
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Syafiq Farhain mendedahkan tiada masalah mengenai hubungannya bersama ibu tiri, Julia Bachok dan keluarga sehingga ke hari ini.

Hubungan Baik Dengan Keluarga Tiri

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain AM Salim,27 pada awal pemergian bapanya yang juga penyanyi lagenda, Allahyarham Saleem mereka mempunyai sedikit krisis namun segalanya telah diselesaikan. Malah, hubungannya bersama adik-beradik tiri yang lain juga baik-baik sahaja biarpun jarang berhubung.

“Selepas pemergian arwah (Saleem), adalah juga krisis keluarga itu sikit-sikit. Seingat saya minggu pertama selepas arwah meninggal dunia. Saya pun tak ambil peduli sangat.

“Saya anggap habis situ, situlah. Setakat ini, Alhamdulillah tiada masalah dan okey-okey sahaja. Tiada gangguan. Saya pun tak suka stres dengan masalah-masalah ini,” dedahnya

Sudah Ada Kekasih

Syafiq berkata demikian ketika ditemui Murai.my di sidang media secara virtual Mobile Legend : Anonymoz Merdeka Challenge 2021 yang diadakan pada petang Isnin.

Dalam sidang media itu, Syafiq turut akui bahawa hatinya sudah dimiliki oleh seorang gadis selepas diasak pelbagai pertanyaan mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun, menurut Syafiq dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kisah peribadi berbanding kerjayanya.

“Bukanlah hendak berahsia. Kalau orang tanya sama ada saya ada teman wanita, saya jawab iya, ada. Tetapi saya tidak suka berkongsi lebih lanjut.

“Dia wanita biasa saja. Bukan artis, bukan juga pegawai bomba seangkatan dengan saya. Itulah saya cakap, tipulah kalau saya ini tak ada teman wanita sudah tua kerepot macam ini, mestilah ada,” katanya lagi

Mengenai pembabitannya dalam Mobile Legend: Anonymoz Merdeka Challenge yang bakal diadakan pada 29 sehingga 31 Ogos ini, Syafiq bakal menghiburkan para peserta yang terlibat secara atas talian dengan lagu-lagu patrotik. Selain Syafiq, penyanyi Harry Khalifah atau juga dikenali sebagai Apak turut terbabit dalam program itu .

syafiq farhain
https://lomp.at/ev4le
Share33Tweet21SendShare

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara