Penyanyi, Syamel meluahkan rasa hampa apabila lagunya berjudul ‘Hamba Cinta’ gagal tersenarai ke separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40).
Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly menerusi hantaran di Thread menyatakan bahawa dia sudah berusaha sehabis baik, namun menganggap apa yang berlaku di luar kawalan mereka.
“Dah buat sehabis baik. Kadangkala yang terjadi di luar kawalan bidang kita. Sedikit terkilan sebab saya benar-benar mahu bawakan Hamba Cinta lebih besar kepada anda semua.
Kepada semua yang menyokong saya, terima kasih. Terima kasih TV3 dan Universal Music Malaysia. Rehat jap lah.”-tulis Syamel di Thread

Peminat Beri Kata Semangat

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memujuk Syamel agar tidak berputus asa , malah ramai yang berharap penyanyi berusia 32 tahun ini akan terus berkarya dan tidak merajuk dengan industri muzik.
“My mom really a fan of you bangmel.. belakang tabir and hamba cinta sangatlah unique and different.. agak terkilan tak dapat mara ke next stage😭.”
“Memang harap lagu Hamba Cinta tu masuk sebab I rasa sedap lagu tu. Dan I rasa Syamel ada luck untuk lagu fast tapi hampeh..”
“Kadang kita lari marathon sorang-sorang, yang lain baru pakai kasut 🤣 visi ada, team pulak still loading… sakit tu kat situ 😅 rehat jap pun ok, janji jangan quit terus. Nanti comeback buat org yang tak percaya tu terpinga-pinga 💥.”
“Bagi saya dan pendapat saya, Bang Mel seperti Anuar Zain, rasa lagu tu dah sedap, tapi tak kena dengan juri untuk masuk dalam AJL.
Dan calon-calon yang sedia ada lebih sedap dan mengikut trend skrg.Cuba lagi bang mel. Kalau tak dpt masuk AJL, tapi hari-hari radio main pun ok, dapat royalti.”






