Baru-baru ini, suasana di THREADS jadi hangat apabila seorang warganet menegur Syed Saddiq secara terbuka. Teguran itu datang selepas netizen terbabit berkongsi keratan akhbar mengenai usaha YB Muar ini yang sanggup bekerja separuh masa untuk mendapatkan dana bagi kawasan Muar.
Warganet itu menulis dengan nada kritikal,
“Bro, jangan jual nama penduduk Muar ler bro. Pengundi Muar tahu ko sibuk berendut. Lupa tugas MP Muar.”
Namun, jawapan Saddiq membuatkan ramai terkejut. Beliau membalas dengan tenang tetapi padat,
“‘Sibuk berendut’? Dapat la juga RM6 juta untuk Muar sambil rekodkan kehadiran 100% Parlimen.”
Seolah-olah satu tamparan untuk warganet yang memberi komen tanpa mengetahui keseluruhan fakta. Reaksi warganet lain pula datang menyokong usaha Saddiq:
“Ni la pepatah gajah depan mata tak nampak. You’ve done so much for the people of Muar, with zero federal fundings. Your effort, your side hustle has brought in over 6mil. See if he can top that. Fight on, YB!”
Kadang-kadang memang kelihatan, ramai yang menulis tanpa buat research dulu. “Boleh nampak kebodohan tu,” tulis sesetengah netizen.
Menurut ahli Parlimen muda ini, usahasama beliau dengan jenama fesyen terkemuka, Primavalet (PV) sebagai duta jenama pakaian, berjaya meraih sebanyak RM6 juta untuk disalurkan kepada penduduk kawasan tersebut.
“Kerajaan mana yang mahu beri wang sebanyak itu? Melalui usahasama tersebut, sebanyak 50,000 pasang baju kurung dan telekung serta 10,000 unit bank makanan yang setiap satunya bernilai RM250, berjaya diagihkan. Saya diperlekeh, saya tidak kisah pun dan menerimanya dengan niat yang baik asalkan saya boleh terus buat kerja sambilan untuk penduduk kawasan saya. Baru minggu lalu, saya turun ke Muar untuk mengagihkan 100 buah iPad berkualiti,” ujar beliau kepada wakil media di Istana Kehakiman hari ini.
Memang tak dinafikan, walaupun dikritik sesetengah pihak, usaha Syed Saddiq ini menunjukkan bahawa kadang-kadang inisiatif peribadi mampu membawa impak besar untuk rakyat. Side hustle pun boleh jadi hero story, rupanya!









