Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Pernah Ditikam Selepas Ceramah, Ini 5 Fakta Tentang Syekh Ali Jaber Sebelum Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
January 14, 2021
Share on Facebook

Syekh Ali Jaber, yang merupakan ulama dan pendakwah berasal Madinah, Arab Saudi, yang berwarganegara Indonesia meninggal dunia pada hari ini, Khamis (14/1).

Pendakwah itu meninggal dunia setelah didiagnosis menghidap Covid-19, walaupun kesihatannya dilaporkan bertambah baik.

Berita kematian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber disahkan oleh Ustaz Yusuf Mansyur menerusi akaun Instagram @yusufmansurnew. Ustaz Yusuf Mansur bahkan menyatakan bahawa Sheikh Ali Jaber telah menguji negatif virus korona.

Namun beberapa hari kemudian, tersebar di media sosial gambar menunjukkan Syekh Ali Jaber tidak sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Kepada tidak mengenali Sheikh Ali Jaber, Murai MY mahu kongsikan 5 fakta tentang beliau.

Berasal Dari Madinah

Foto: CNNINdonesia

Sheikh Ali Jaber dilahirkan di Madinah, 3 Februari 1976. Pada usia 10 tahun, Sheikh Ali Jaber dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran. Bahkan pada usia 13 tahun, Sheikh Ali diberi kepercayaan untuk menjadi imam di salah sebuah masjid di kota Madinah.

Jadi Juri Majlis Hafiz Indonesia

Foto: CNNIndonesia

Syekh Ali Jaber pernah bertugas sebagai juri pada majlis Hafiz Indonesia dan menjadi da’i dalam pelbagai kajian di beberapa stesen televisyen nasional.

Berkahwin Dengan Wanita Berasal Dari Lombok

Foto: Haibunda.com

Pada tahun 2008, Sheikh Ali Jaber berkahwin dengan Umi Nadia, seorang wanita dari Lombok, Nusa Tenggara Barat. Pasangan ini dikurniakan seorang anak yang bernama Hasan.

Fasih Berbahasa Indonesia

Setelah tujuh tahun tinggal di Indonesia, Sheikh Ali Jaber sudah fasih berbahasa Indonesia. Dia menjelaskan bahawa pergaulan dengan masayarakt yang menjadikan dia fasih berbahasa Indonesia. Pada awalnya, ketika dia datang ke Indonesia dia mengakui bahwa dia sama sekali tidak dapat berbahasa Indonesia.

Pernah Ditikam Orang Tak Dikenali

Pada September tahun lalu, Syekh Ali Jaber pernah ditikam oleh seorang pemuda yang tidak dikenali di Lampung setelah memberikan ceramah. Ketika dia tahu seseorang datang dan akan mencederakannya, dia segera mengangkat tangannya untuk menutup lehernya. Kemudian, pisau yang dibawa oleh pelaku menikam lengannya.

Selepas kejadian menikam, pelaku  segera ditangkap oleh polis. Keadaan Sheikh Ali Jaber dikatakan tidak serius. Syekh Ali Jaber menduga pelaku melakukan perbuatannya kerana ada dorongan atau ada yang menyuruh.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Syekh Ali JaberulamaUstazUstaz Yusuf Mansyur
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara