Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Tahniah! Aazief Khalid Kini Suami Sah kepada Izza Athirah – Majlis Nikah Ringkas Tapi Penuh Makna

by Aphit J.
August 24, 2025
Share on Facebook

Anak tiri kepada penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid, selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Izza Athirah dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup pada hari Sabtu lalu.

Dihadiri Ahli Keluarga Rapat

via Instagram Aazief Khalid

Majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga rapat kedua-dua belah pihak, menjadikannya lebih intim dan bermakna.

Dengan hanya sekali lafaz, Aazief yang tampil segak berbaju Melayu putih berjaya melafazkan akad nikah dan sah menjadi suami kepada Izza.

Majlis itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri yang menjadi wali.

Izza menerima mas kahwin berupa satu dinar emas – simbolik ikatan cinta dan tanggungjawab baru yang dipikul oleh pasangan ini.

Siti Nurhaliza Turut Teruja

via Instagram Story CTDK

Walaupun majlis tersebut dijalankan secara sederhana dan tertutup, momen istimewa itu tetap mencuri perhatian apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi rasa syukurnya menerusi satu hantaran ringkas di Instagram Story miliknya.

Dalam hantaran tersebut, beliau hanya menulis “Alhamdulillah”, dan ini jelas menggambarkan rasa bahagianya melihat anak tiri tersayang menempuh fasa baharu dalam hidup.

Pasangan Aazief dan Izza sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai apabila Aazief mengumumkan pertunangan mereka pada April lalu melalui media sosial.

Sejak itu, ramai yang menantikan berita gembira mengenai perkahwinan mereka.

Kini, ikatan cinta yang dibina akhirnya disatukan dengan penuh kesyukuran dan doa.

Topik Berkaitan “So Who Are You?”- Isa Khan & Aazief Khalid Tegur Johan Ghazali Lepas Label Kunafa ‘Sampah’

Netizen Ucap Tahniah

Walaupun tidak diraikan secara besar-besaran, majlis nikah mereka tetap penuh dengan rasa cinta, kebersamaan dan keberkatan.

Ramai yang mengucapkan tahniah serta mendoakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Apa pun, yang penting bukan gahnya majlis, tapi ikatan sah yang terbina dan tanggungjawab yang akan dipikul selepas ini.

Semoga Aazief dan Izza menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh cinta, tolak ansur dan saling menyokong antara satu sama lain.

Tahniah buat pasangan pengantin baru!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aazief khalidIzza Athirah
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara