Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Tak Ada Adab! Netizen Anggap Mas Idayu Malukan Malaysia

by Khai Azfar
November 14, 2017
Share on Facebook

Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu kini dikhabarkan sibuk dengan rancangan realiti di Indonesia, D’Academy Asia musim ke 3. Mas Idayu merupakan salah seorang juri tetap rancangan yang menggabungkan peserta dari beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Baby Shima Menangis

Sepanjang program ini berlangsung ternyata pada Ahad lalu (12 November) mempunyai impaknya tersendiri apabila salah seorang peserta D’Academy Asia yang juga dari Malaysia, Baby Shima gagal mengawal perasaan sedihnya dan turut mengalirkan airmata apabila dimarahi Mas Idayu dengan lantang sekali.

Malah melihatkan Shima teruk dimarahi, salah seorang juri program itu turut naik ke pentas dan menenangkan perasaan Shima.

Video Tular, Mas Idayu Dikecam

https://youtu.be/twFcvRklQKc

Sejak semalam video tersebut telah tular dan mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen.

“Ada nampak Mummy senyum? Shima jangan senyum..Apa Shima buat malam ini? Mummy dengar, masuk ‘pitching’ jahanam semua,”

Rata-ratanya komen dari netizen tidak bersetuju dengan kritikan dan komen Mas Idayu yang dianggap melampau malah ada yang turut memperkatakan kelantangan Mas Idayu mencerminkan budaya Malaysia yang seperti tiada adab.

Lebih mengejutkan lagi, tidak lama kemudian Mas Idayu terpaksa dipapah keluar dari pentas itu dan dipercayai kerana begitu tertekan.

Jangan Salahkan Mas Idayu

Dalam sumber lain, Shima berharap netizen tidak menyalahkan Mas Idayu. Baginya beliau tidak kisah dimarahi dan menerima segala komen serta kritikan daripada guru nya itu.

“Bagi saya, Mummy Mas Idayu marah dan komen macam itu sebab dia sayang saya. Memang patut pun saya kena marah. Saya tak ada masalah dan terima segala teguran. Saya harap netizen jangan salahkan Mas Idayu.Saya yang bersalah sebab tak ikut apa yang sudah diajarnya,”

Bagi kami di murai.my, Mas Idayu memang dikenali sebagai seorang mentor dan guru yang hebat dan garang Lihat saja Black dahulu yang dirotan oleh Mas Idayu, hasilnya beliau kini dikenali sebagai seorang yang berbakat besar dan terkenal.

Topik Berkaitan Baby Shima Dedah Peminat Fanatik Ugut Bunuh Diri Gara-Gara Cemburu Aksi Mesra Dalam MV Island Boi

Cuma pada pendapat kami, kelantangan beliau di D’Academy Asia agak sedikit tegas dan mengejutkan ramai pihak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
baby shimad'academy asiamas idayu
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal, Netizen-“Jangan Terlalu Taksub. Travel. Do it a lot”

  2. 2

    Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

  3. 3

    [VIDEO] Luahan Engku Emran Tentang Pergaulan Anak Raih Perhatian- “Saya Takut Apabila Anak…”

  4. 4

    Masuk Tandas OKU Tapi Nampak CCTV, Pengguna R&R Rawang Luah Rasa Tak Selesa

  5. 5

    Kajol Akui Pernah Lari Dari Sekolah Berasrama, Puncanya Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara