Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Gentar Berjihad Demi Palestin Meskipun Dikecam Teruk Oleh Netizen Israel, Uyaina Puji Keberanian Kaka

by Puteri Alia
December 6, 2023
Share on Facebook

Tatkala masyarakat sivil memantau peperangan di antara Palestin dan Israel, kesemua platform media sosial turut dibanjiri dengan laporan-laporan media tempatan dan antarabangsa serta reaksi pelbagai pihak.

Bahkan, tindakan rakyat Malaysia yang giat menterjemah berita-berita terkini sebagai usaha bersama khalayak untuk mematahkan pembohongan zionis Israel dan serangan keganasan ke atas Palestin wajar dipuji.

Ini termasuk penyanyi yang menjulang anugerah menerusi lagu Gila, Kaka Azraff yang  kini menjadi ‘sensasi’ dalam talian di kalangan penyokong Israel apabila dia dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya berhubung konflik Palestin.

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memuji keberanian penyanyi Kaka Azraff yang lantang mempertahankan Palestin biarpun berdepan tindakan laman pro-Israel.

Pemilik sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, itu berharap rakan seperjuangannya tidak gentar berjihad demi saudara seagama.

“Saya tahu Kaka cekal dan tak gentar. Jangan hilang semangat kerana ini adalah sebahagian daripada jihad dan paling penting kita tahu niat sebenar untuk beri kesedaran selain jadi suara kepada yang tidak mampu bersuara.

“Bagi saya tidak ada orang lain yang seberani serta selantang Kaka dalam menyuarakan dan mengutuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Menurut pengacara Dangdut Academy Asia musim enam itu, baru kini dia faham punca segelintir selebriti dan pempengaruh takut untuk bersuara berkenaan konflik Palestin-Israel.

“Memang ada risikonya macam akaun TikTok saya sendiri telah disekat, baru-baru ini. Tipulah kalau saya tak rasa sayang, tapi tak mengapa kita boleh buat akaun baharu.

“Senario berbeza pula perlu dihadapi individu yang bergantung kepada media sosial untuk menjana pendapatan, itu yang jadi masalah,” katanya.

Uyaina antara selebriti yang aktif memuat naik paparan mengenai Palestin serta kekejaman Israel menjarah bumi Gaza dan mengorbankan ramai mangsa tidak berdosa.

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -"Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat.."

Terdahulu, sekitar pertengahan bulan lalu akaunnya yang diikuti 600,000 dipadam pengendali TikTok selepas memuat naik video bertajuk A Letter to America.

Dalam video berkenaan Uyaina bercerita mengenai kandungan surat milik pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang menyifatkan peranan Amerika sebagai hipokrit kerana membenarkan Israel menduduki Palestin.

kaka azraffuyaina arshad
https://lomp.at/23eoi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara