Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Mahu Dipanggil Gelaran Legenda Kerana Masih Hidup, Saiful Apek Hanya Mahu Dihormati Seperti Biasa

by Puteri Alia
May 15, 2023
Share on Facebook

Sebut sahaja namanya, pasti satu Malaysia mengenali figura Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saiful Azam. Mana tidaknya, dalam bidang lawak tanah air, dia adalah legenda.

Walaupun didakwa populariti dirinya seakan-akan tidak seperti dahulu, namun nama Saiful Apek dikatakan masih lagi ‘bernyawa’.

Saiful yang satu ketika begitu popular dengan kumpulan Senario, dengan lawak jenakanya, tiada siapa dapat menafikan zaman kegemilangan seorang artis hebat sepertinya.

Kalau diikutkan, memang padan dan layaklah jika peminat, pengikut, pemerhati industri dan masyarakat menggelarkan dirinya sebagai seorang legenda. Bermakna, dia begitu dilihat tinggi dan dihormati ramai sebagai seorang selebriti yang disegani.

Namun begitu, berbeza pula penerimaan dan pandangan Saiful sendiri dalam situasi ini.

Memetik laporan berita, Saiful mengakui bahawa dia tak mahu dipanggil legenda kerana dia masih belum meninggal dunia.

Hal yang demikian kerana Saiful yang lebih dekat dengan gelaran Apek memandang bahawa gelaran legenda yang diberikan kepadanya seakan tidak sesuai.

Baginya, dia masih belum meninggal dunia, perkataan legenda itu bagaikan seseorang yang sudah tiada atau mati.

Jelasnya, dia tidak mahu dirinya dipuja sebegitu rupa. Cukup hanya jika dirinya dihargai dan dihormati sebagai seorang individu dan selebriti.

Untuk rekod, antara filem lakonannya sebelum ini yang menjadi kegemaran umum adalah menerusi filem Cicakman, Senario Lagi, Lady Boss, Main-Main Cinta, Man Laksa, Bujang Senang, Nana Tanjung, Sifu dan Tongga serta banyak lagi.

Saiful Apek Akui Ditahan Polis, Dedah Isu Pergaduhan Sebagai Punca
saiful apek
https://lomp.at/qcgqb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

‘Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby..”-Fasha Sandha

by Naddy Joe
February 16, 2026

Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mendapat reaksi netizen selepas seolah-olah memberikan bayangan mengenai dirinya yang masih belum diberi rezeki untuk menimang...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Spotlight

Shiha Zikir Hidupkan Memori Raya, Gembira Dapat Bekerjasama Dengan Giant Malaysia

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Raya tahun ini makin hangat dengan kemunculan penyanyi popular, Shiha Zikir, yang tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara