Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Tak Perlu Powerbank, Senang Hati Pakai realme C12 Masa ‘Camping’ & ‘Hiking’!

by Phic ARMAN
August 24, 2020
Share on Facebook

Tujuan utama pendaki untuk membawa smartphone ketika hiking adalah untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik semasa perjalanan. Namun, halangan yang sering dihadapi adalah bateri cepat habis ketika dibawa ke tempat-tempat seperti itu.

Walaupun powerbank boleh dijadikan penyelamat namun agak menyulitkan ketika pendakian. Lagi satu hal, tak semua orang ada powerbank kan?

Boleh dikatakan hampir semua tempat hiking di Malaysia ada coverage, tapi bergantung pada jenis Telco yang anda guna. Ya! memang coverage kebiasaannya tak memuaskan sangat, tapi bolehlah berguna juga dalam keadaan darurat.

Jadi sebab itu lah penting dan patut kita membawa smartphone yang mempunyai bateri dengan kapasiti yang besar.

realme C12

Terbaru, realme memperkenalkan smartphone yang dapat memberi solusi kepada para pendaki.  realme C12 disematkan dengan bateri berkuasa besar iaitu 6,000mAh. Dengan bateri berkapasiti besar, tentu saja, saya tidak perlu bimbang kehabisan bateri dalam waktu singkat ketika mendaki.

Baru-baru ini saya berpeluang menggunakan realme C12 ketika melakukan pendakian ke Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Pahang. Dengan tempoh perjalanan yang panjang untuk sampai ke puncak, sudah semestinya saya memerlukan smartphone dengan bateri tahan lama. Lagi-lagi nak ambil gambar, video, mainkan lagu di aplikasi dan sebagainya.

Jadi untuk memaksimumkan penggunaan realme C12 ini, saya sudah pastikan bateri dicas penuh.

Sehari sebelum pendakian, kami bermalam di lokasi perkhemahan di Lubuk Beruk. Pada malam hari, kebanyakan peserta pendakian melakukan aktiviti masing-masing.

Ada yang buat BBQ, bersembang dan saya hanya menonton Youtube di telefon pintar realme C12.

Super Power Saving Mode

Menariknya, hampir 2 jam saya menonton video di Youtube, bateri hanya berkurang 5% sahaja. Ini kerana dalam realme C12 dilengkapi dengan Super Power Saving Mode ataupun mod penjimatan kuasa yang mampu menghadkan penggunaan telefon anda.

[VIDEO] "Semua Manusia Di Bumi Ini Berhak Bahagia" - Lucinta Luna Kongsi Momen Indah Bersama Kekasih

Perjalanan bermula seawal Subuh sebelum matahari terbit sekitar pukul 6.45 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui laluan hutan dan berbukit selama kira-kira 1 jam menuju ke lokasi permulaan perjalanan kembara berjalan kaki.

Kamera Terbaik

Sepanjang perjalanan untuk mendaki, banyak gambar dan video diambil menggunakan realme C12. Untuk kamera realme C12 mempunyai lensa utama 13MP f / 2.2 yang menyokong PDAF. Ada ciri-ciri lain untuk efek gambar seperti Hitam Putih dan Retro juga untuk menjadikan foto anda lebih unik.

Ciri zoom 4x juga membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas walaupun dari kejauhan. realme C12 dilengkapi dengan Lensa Makro dengan jarak fokus super dekat 4CM. Jadi kalau nak ambil gambar tumbuhan yang kecil-kecil tu tiada masalah, mesti cantik!

Sementara kamera depannya berkekuatan 5MP, lengkap dengan mod AI Beauty, HDR, dan Panoselfie yang membolehkan anda selfie dengan gambar lebih luas. Sedangkan untuk video, realme C12 merakam video beresolusi 720p,1080p di kepantasan 30 fps.

Trek hiking di Air Terjun Pelangi tidak terlalu susah, memang elok sangat untuk yang baru bermula hiking dan laluannya sangat selamat. Sampai sahaja di puncak anda akan melihat keindahan air terjun setinggi 250 meter dengan air sejuk mencurah ke bawah.

Difahamkan, air terjun berkenaan adalah antara punca mata air dan hulu bagi Sungai Kuantan.

Sampai sahaja di puncak, ada kawan-kawan yang kehabisan bateri smartphone. Manakan tidak, sepanjang perjalanan sibuk ambil gambar, video sampai tak sedar bateri dah habis. Disebabkan kuasa bateri realme C12 saya masih tinggi lagi, inilah masanya saya jadi hero menyelamatkan smartphone mereka dari kehabisan bateri.

Terima kasih kepada realme C12 kerana ia dilengkapi dengan sistem OTG pengecasan terbalik (reverse charging).

Gauri Hingga Jaya, 5 Isteri Aktor Ini Larang Suami Mereka Berlakon Dengan Aktres...

Unboxing realme C12

Berminat untuk dapatkan realme C12? Dalam setiap kotak jualan, selain smartphone, turut diberikan adaptor charger, kabel microUSB dan SIM ejector. Jom tengok video Unboxing di bawah.

YouTube video

realme C12 tersedia dengan memori RAM 3GB dengan storan 32GB dan ia hanya tersedia dengan kombinasi ini sahaja.

realme C12 Dilancarkan Secara Rasmi Pada 25 Ogos 2020

Untuk pengetahuan semua pembaca Murai MY, realme C12 dilancarkan secara rasmi pada 25 Ogos 2020 jam 11 pagi. Pelancaran ini berlangsung menerusi live streaming di facebook rasmi realme Malaysia.

Akshay Kumarmak nyahtransgender
https://lomp.at/tetp7
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara