• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tak Perlu Status Dato Untuk Kenal, Janna Nick Lebih Selesa Berkawan Dengan Rakan Daripada Sekolah

by Puteri Alia
March 20, 2023
403
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa sahabat yang baik umpama lilin, sanggup membakar diri sendiri demi menerangi kehidupan orang lain. Namun awas, berhati-hati dalam memilih kawan, jika tersalah pilih buruk padahnya.

Hal yang demikian kerana rakan yang baik dikatakan akan cenderung membawa ke syurga, sebaliknya yang kurang baik akan membawa ke dunia kehancuran.

Meniti kehidupan sebagai manusia, Allah hadirkan dan pertemukan kita dengan seorang demi seorang. Jika zaman persekolahannya, siapa rakan baik kita, dialah segalanya yang mengetahui rahsia kita,  hinggalah menempuh alam pekerjaan.

Setiap satu fasa kita akan berjumpa, bergaul dan beramah mesra dengan pelbagai ragam dan sifat manusia.

Kata orang jika boleh ‘ngam’ serta dikatakan satu kepala maka akan berlanjutan ikatan persahabatan itu. Namun setiap perkenalan itu dikatakan tidak mudah bagi semua individu.

Ada yang memilih untuk tidak meluahkan segalanya kepada mereka yang mungkin dirasakan tidak selesa untuk mengetahui segala-galanya serta memilih individu yang dikenali lebih lama berbanding orang baharu dalam hidup.

Berbahas soal ini, pelakon, Janna Nick turut meluahkan menerusi hantaran soal jawab di Instagram story miliknya bahawa dia lebih selesa berkawan dengan rakan yang dia kenali sejak dibangku sekolah lagi.

“Sebenarnya bukan orang biasa ke, orang terkenal ke, dato ke datin ke…tak…saya memang susah sikit nak open up dengan orang…” – jelas Janna

Aktres cantik ini juga akui sukar untuk meluahkan segala isi hatinya kepada individu yang kurang dikenalinya meskipun berada dalam industri seni tanah air yang sama. Jelasnya, dia lebih memilih untuk bercerita dengan rakan sekolahnya yang mengenalinya daripada sebelum bergelar sebagai selebriti.

“Sedangkan rakan-rakan dalam industri pun…tak ramai yang saya agak close sebab saya lebih selesa berkawan dengan orang yang saya kenal daripada zaman sekolah…yang kenal saya daripada nobody…saya selesa untuk open up 100%” – kata Janna

Tidak kurang juga dalam setiap individu yang ditakdirkan untuk bersahabat, kita mungkin bertemu dengan mereka yang mempunya perbezaan pendapat, pendirian serta sisi-sisi lain yang tidak sekufu dengan kita, namun berbaik lah sesama insan kerana hal yang demikian akan mendatangkan kebaikkan kepada diri sendiri.

Bodoh Sombong! – Janna Nick Tempelak Golongan T20 Pertikai Aktivis Wanita Dalam Misi GSF

Pada dasarnya manusia ini dinamik sifatnya. Banyak ragam dan karenah serta tidak sama dan mendatar sahaja. Jadi, pastinya sesuatu perkenalan itu bakal penuh warna-warni!

janna nick
https://lomp.at/qyi7z
Share161Tweet101SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Lucu Fazura Cari Parking, Netizen Terhibur Melihatnya

by Noah Ab
September 2, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fazura yang berada di dalam kereta yang sedang mencari parking namun tidak dijumpainya....

Read more
Lokal

Farahdhiya Jijik & Malu Terima DM Lucah, Lelaki Fantasi Jilat Tapak Kakinya

Farahdhiya meluahkan rasa kecewa, jijik dan malu selepas menerima mesej berbaur lucah daripada individu tidak dikenali di media sosialnya. Pelakon...

Read more
by Puteri Alia
August 14, 2025
Selebriti

Konsert Jelajah Penyanyi Thailand Jeff Satur ‘REDGIANT’ Di Kuala Lumpur 15 November Ini!

Sepanjang tahun, ramai artis Thailand telah membuat kemunculan istimewa di Kuala Lumpur, dan sambutan daripada peminat sangat luar biasa, dengan...

Read more
by Noah Ab
August 4, 2025
Berita

Isteri Fizo Omar Bersyukur Peroleh Keputusan Cemerlang Selepas Ambil Peperiksaan Ketika Berpantang

Isteri kepada aktor, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai meluahkan rasa syukur apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat ijazah...

Read more
by Naddy Joe
August 26, 2025
Foto - @sakirinaca90 (IG)
Lokal

[VIDEO] Teruk Dikecam Selepas Kunjungi Butik DIOR, Pengurus Fattah Amin Perjelas Situasi Sebenar

Baru-baru ini nama Fattah Amin dan Amira Othman hangat diperkatakan selepas tular sebuah video yang memperlihatkan pasangan selebriti ini memasuki...

Read more
by Nurul A.
October 7, 2025
Lokal

Kieda Crepe Kongsi Keadaan Kesihatan Suami Akibat Vape-“Amy Paru-Paru Penuh Kahak..”

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe berkongsi keadaan suaminya yang kini terpaksa dirawat di sebuah pusat perubatan disebabkan masalah...

Read more
by Naddy Joe
September 3, 2025
Lokal

[VIDEO] Farah Lee Kongsi Detik Cemas Sebelum ‘Lost Contact’-“Israhell Sembur Air Sampai Kami Terpelanting…”

Personaliti media sosial dan juga aktivis iaitu Farah Lee berkongsi detik cemas ketika kapal yang dinaikinya dalam misi global Sumud...

Read more
by Naddy Joe
October 2, 2025
Lokal

[VIDEO] Syasya Rizal Beri ‘Hint’ Hamil Anak Kedua?-“In My Gemoy Era Again…”

Perkongsian terkini penyanyi yang juga bekas ahli kumpulan DOLLA, iaitu Syasya Rizal mencetuskan spekulasi netizen yang berpendapat dia sedang hamil...

Read more
by Naddy Joe
August 13, 2025
Lokal

Zara Zya Menangis, Kucing Kesayangan Beshetik Disahkan Hidap Leukemia FeLV

Pelakon popular Zara Zya berdepan khabar duka apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Beshetik disahkan menghidap penyakit Feline Leukemia Virus...

Read more
by Puteri Alia
September 25, 2025
Lokal

[VIDEO] “Saya Dah Tua, Lagi 4 Tahun Nak Masuk 50, Jadi Saya Mahu…”-Siti Nurhaliza

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan sebuah podcast dimana Tokti memberi tahu bahawa lagi beberapa tahun umur beliau akan...

Read more
by Noah Ab
September 2, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  4. 4

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan ‘Prank’ Qadejah Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem