• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Pernah Sangka Akan Berbaik Semula Selepas Dikhianati,Puteri Sarah Kini Akui Mahu Berkawan Baik Dengan Syamsul Yusof

by Puteri Alia
June 1, 2023
Share on Facebook

“Kami jadi kawan baik sahaja. Insya-Allah takkan ada ‘plot twist’ lagi.

Bukan mudah buat pasangan sudah berpisah untuk terus berdepan satu sama lain kerana sudah tentu luka akibat perpisahan masih berbekas.

Namun bagi pasangan yang memiliki anak, perceraian sepatutnya bukan tiket untuk bermusuhan.

Ini kerana mereka masih perlu kekalkan hubungan baik walaupun tidak sehaluan demi membesarkan dan menjaga emosi anak.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah kali ini tampil dengan penuh aura positif menceritakan mengenai status hubungannya dengan Syamsul kini mereka sepakat hendak mengakhiri masalah rumah tangga secara baik demi dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

“Saya sendiri tidak menyangka ada ‘plot twist’ dalam kehidupan saya apabila Syamsul hendak berbaik baru-baru ini.

“Kalau boleh hendak kekal begitu kerana kita tidak mahu bergaduh. Kami sudah membuat keputusan hendak berbaik demi anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah yang melancarkan buku Puteri Sarah: Terus Melangkah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini berkata, buku terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini bakal mendedahkan kisah peribadinya yang belum dikongsikan kepada umum.

“Saya ada maklumkan kepada Syamsul mengenai pelancaran buku ini, tetapi saya beritahu dia ia bukan mengenai kehidupan kami sebaliknya perjalanan hidup saya. Ada juga diselitkan mengenai Syamsul, namun semua yang baik-baik saja.

“Ini mungkin satu kelebihan yang Allah berikan kepada saya yang mana mendapat keluarga dan mentua yang sangat baik. Saya gembira kerana biarpun Allah ambil satu bahagian tetapi Dia beri yang lain pula sebagai ganti. Jadi, saya tidak terlalu sedih dengan apa yang terjadi kerana Allah menggantikan dengan sesuatu yang berharga,” katanya.

Kesepakatan yang baik antara dua pihak membantu pembesaran, emosi dan pendidikan anak.

Obses Dengan Puteri Sarah, Individu Misteri Ancam Mahu Hantar Sihir

Tidak salah bekas suami isteri kekalkan hubungan baik demi anak, malah itu sewajarnya dilakukan.

Islam ini mudah, kewajiban melakukan kebaikan kepada orang lain sangat dituntut, tambahan pula kebaikan ibu atau bapa kepada anak.

Justeru, bekas suami isteri perlu menjaga batasan agama seperti berjumpa di tempat umum bukan di tempat sunyi atau rumah tanpa ada orang lain, tidak duduk berdua-duaan serta menjaga adab dan aurat.

puteri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/harjj
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore