Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Suka Berkongsi, Linda Nanuwil Mengakui Pernah Dipikat Suami Orang Yang Mahu Dia Dijadikan Isteri

by Puteri Alia
September 22, 2023
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon, Linda Nanuwil mendedahkan pernah didekati lelaki berstatus suami orang termasuk golongan kenamaan yang mahu menjadikannya sebagai isteri.

Bagaimanapun, bintang jelita ini enggan melayan dan cuba mengelak daripada terpikat dengan lelaki spesis ‘hidung belang’ kerana tidak mahu menjadi perampas sekali gus melukakan hati wanita lain.

“Memang ada suami orang yang mahu mengajak saya berkahwin, tetapi saya tolak cara baik kerana tak mahu dia berasa hati.

“Saya tidak berminat dengan suami orang. Selalunya, saya akan letakkan diri saya sendiri dalam sitausi isteri lelaki terbabit. Adakah saya rela bermadu?

“Saya memang tak suka berkongsi dan hanya mahu lelaki itu mencintai saya seorang sahaja,” katanya.

Mengulas statusnya sekarang, penyanyi yang namanya mula meledak menerusi lagu Jika Kau Kekasih ini mengakui sudah ada teman istimewa, namun, enggan mendedahkan butirannya.

“Ya saya sudah ada (teman istimewa). Dia bukan orang industri dan bukan suami orang…Saya bukannya ‘penyondol’.

“Cukup setakat itu sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut, kita sembang di kedai kopi,” ujar Linda sambil ketawa.

Bekas naib juara Akademi Fantasia musim kedua ini ditemui pada majlis pelancaran Muzikal Lantai T Pinkie di di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Sebelum ini, Linda atau nama sebenar, Norlinda Nanuwil, 39, pernah digosip sudah berkahwin dengan seorang VIP, namun, tampil menafikannya.

Dakwaan itu timbul selepas artis kelahiran Ranau, Sabah ini tiba-tiba hilang dari radar industri hiburan.

Linda Nanuwil
https://lomp.at/zombl
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara