Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Tinggal Sebumbung, Uqasha Senrose Telah Failkan Cerai Pada 1 Oktober

by Nurul A.
October 22, 2025
Foto - @kamaladli (IG)

Foto - @kamaladli (IG)

Share on Facebook

Selepas penat netizen berteka-teki, akhirnya terjawab juga spekulasi dakwaan keretakan rumah tangga pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Memetik kenyataan daripada Utusan Malaysia, aktres Uqasha dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada 1 Oktober 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Uqasha Nik Sen dijangka hadir ke mahkamah pada hari ini (22 Oktober 2025) bagi menghadiri prosiding sebutan cerai kali pertama.

View this post on Instagram

A post shared by K.A (@kamaladli)

Walaupun sebelum ini Uqasha tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai rumah tangganya bersama Kamal, sumber terdekat mendakwa hubungan mereka telah bergolak sejak April lalu dan ianya bukan berpunca daripada orang ketiga.

Malah mereka juga tidak lagi tinggal sebumbung memandangkan Uqasha kini menetap di rumah ibunya.

Sebelum ini Uqasha dan Kamal mencuri perhatian ramai apabila pasangan selebriti ini tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

View this post on Instagram

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Bukan itu sahaja, pernah juga muncul dakwaan keretakan rumah tangga mereka dan Uqasha meminta bukti jika ada yang ternampak dia hadir ke mahkamah syariah.

View this post on Instagram

A post shared by K.A (@kamaladli)

Manakala Kamal Adli atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli turut menafikan dakwaa berkenaan dan memberitahu perceraian adalah perkara yang mustahil dia akan lakukan kerana terlalu menyayangi keluarganya.

“Kepada segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif kepada saya mahupun isteri saya. Jangan begitu… Urusan peribadi kami biarlah menjadi rahsia kami suami isteri.

Saya cuma minta, jangan la provoke isteri saya atau meninggalkan komen negatif. Isteri saya juga manusia. Kadang penat bekerja, kadang stress. Apa yang terbaik doakan isteri saya dan kami sekeluarga. Demi Allah saya sayangkan isteri saya dan anak sangat-sangat. #ilovemywife.”

Sekadar rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bergelar suami isteri pada 5 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan selebriti ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira.

[VIDEO] "Kalau Kau Jantan Lepaskan, Kau Dayus"- Bapa Uqasha Senrose
kamal adliuqasha senroseuqasha senrose cerai
https://lomp.at/haox9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara