Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Takkan Kena Bagi RM20,000 Pula” – Aliff Syukri Nafi Mungkir Janji

by Khai Azfar
January 29, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri pernah memberi kenyataan akan memberi wang sebanyak RM 5,000 kepada mereka yang berjaya menjejaki bekas orang gaji beliau yang sebelum ini didakwa telah mencuri wang tunai dan barangan kemas.

Netizen Kecewa Dengan Aliff Syukri

Terbaru, seorang lelaki berjaya menjejaki bekas orang gaji usahawan itu dan kedua-dua suspek telah berjaya ditahan polis. Akan tetapi lelaki yang dikenali sebagai Abu itu meluahkan rasa kecewanya kerana mendakwa Aliff Syukri memungkiri janji dengan hanya memberinya wang tunai saguhati sebanyak RM 300 berbanding RM5000 seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Hanya Yang Terawal Dapat RM5000

Dalam perkembangan lain, Aiff Syukri menafikan beliau memungkiri janji pada lelaki tersebut. Menurutnya, RM5000 tersebut akan diberikan kepada mereka yang memberi maklumat terawal sahaja iaitu merujuk kepada dua pembantu rumahnya yang ditangkap sebelum ini.

Tambahnya juga beliau mempunyai segala bukti berbentuk rakaman video dan resit pemberian wang tunai kepada pihak yang telah menghubunginya sebelum ini dan menyalurkan maklumat berkaitan suspek kes itu.

“Saya ada empat orang gaji, dua sudah diberkas sebelum ini dan dua yang lain pula berjaya ditangkap polis baru-baru ini. Duit ganjaran itu saya nak bagi pada waktu pertama kali bekas pekerja saya ditahan. Takkan ada empat orang gaji, saya kena bagi RM20,000 (RM5,000 seorang) pula. Saya bagi kepada individu yang terawal itu sahaja, tetapi pemberi maklumat yang terbaru ini mengugut untuk ‘viral’,”

Menurut Aliff, dia sudah menawarkan wang saguati kepada lelaki berkenaan namun ditolak kerana dia mahukan bayaran yang sama seperti yang ditawarkan.

[VIDEO] Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah- "Berhambur Air Liur"

Kami harap kejadian kecurian yang sama tidak akan berlaku lagi pada usahawan ini mahupun individu lain. Lihat saja kes usahawan yang ditetak baru-baru ini gara- gara sering kali menunjukkan harta dan aset yang dimiliki pada netizen.

Sumber : Mstar Online

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri aliff syukri
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara