Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

by Phic ARMAN
December 4, 2025
2.9k
KONGSIAN
Share on Facebook

Ella, Ratu Rock negara, akhirnya mengesahkan bahawa beliau akan kembali menggegarkan pentas mega melalui konsert “Majlis Tertinggi Rockqueen” pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bagi MURAI, ini bukan sekadar pengumuman konsert. Ia bagaikan panggilan nostalgia, mengingatkan kembali detik-detik manis Ella mendominasi pentas besar yang sama suatu ketika dahulu. Tetapi kejutan sebenar bukan pada venue, bukan pada konsep, sebaliknya pada harga tiket.

Ketika senarai harga dikongsikan, netizen seakan terhenti seketika. RM39? Betul ke?!

Ada yang memastikan dua tiga kali kalau-kalau itu hanyalah silap taip.

“Ella punya konsert memang mampu milik, wajib pergi sebab suara dia live sedap gila. Dah pergi dua kali dan sememang akan pergi lagi,” tulis seorang peminat yang jelas sudah ‘graduate’ sebagai kaki konsert Ratu Rock itu.

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan berjenaka.

“Takkan semurah itu Ella, tiket Kak Ani pun tak semuarah ini,” gurau seorang peminat, membuatkan ramai ketawa di ruangan komen.

Seorang lagi peminat tampil dengan ayat paling jujur dan paling padat:

“Tiket paling murah aku tengok setakat ini, mantap lah.”

Dan paling mencuit hati, ada yang siap merancang rombongan keluarga besar:

“Ni yang kita mahu, harga Rahmah. Boleh bawa 3 generasi sekali tengok.”

Namun di sebalik kemeriahan reaksi peminat, Ella sebenarnya membawa agenda lebih besar. Konsert ini bukan sekadar pentas hiburan, tetapi gerakan kemanusiaan yang ingin memberi impak.

Menurut Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group:

“Setiap pilihan dan undian mengikut tema tersebut, organisasi berkaitan akan menerima sumbangan RM2 bagi setiap pilihan undian melalui tiket yang dibeli.”

Ella sendiri mengakui konsert ini sangat istimewa buatnya bukan kerana skala, tetapi kerana maknanya.

“Saya akan mencapai usia 60 pada tahun 2026, dan sudah tentu saya ingin memberi impak dan legasi berkekalan khususnya dalam aspek kemanusiaan. Majlis Tertinggi Rockqueen adalah terjemahan kepada sebuah gerakan yang mahukan ‘Peace, Love & Rindu’.”

Di tengah-tengah kemeriahan, satu perkara menjadi jelas:

[VIDEO] Konsert Ulang Tahun Ke-30 Ella USA Meraikan Wira Negara Di Arena Of Stars

Harga tiket mungkin murah, tetapi makna konsert ini dan cinta peminat terhadap Ella tidak ternilai.

ellaMajlis Tertinggi Rockqueen
https://lomp.at/5dmvj
Share1179Tweet737SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore