Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Tamak & Jijik! Chef Wan Kesal Sikap Pelanggan Pasaraya Aeon Tebrau

by Phic ARMAN
April 13, 2018
Share on Facebook

Pasaraya Aeon Tebrau, Johor ditutup kepada orang ramai pagi ini, bagi tujuan pembersihan selepas diserbu orang ramai, semalam. Kami di murai.my sangat kesal dengan segelintir pelanggan yang bersifat pengotor dan tak bertanggungjawab meninggalkan troli mereka yang penuh dengan barang.

Menurut Harian Metro, penutupan bahagian pasar raya itu lanjutan kunjungan mengejut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, semalam.

Tunku Ismail mengumumkan menggunakan pembesar suara akan membelanja setiap pelanggan sehingga RM3,000 barang keperluan dan orang ramai berpusu-pusu memenuhkan troli ke kaunter. Hmm.. Malu kan?

Hal ini turut mendapat respon dari selebriti Chef terkenal di Malaysia.  Chef Wan tampil memberikan kenyataan menerusi laman Instagram miliknya berkenaan tindakan terkutuk pelanggan di pasaraya tersebut.

“Saya sangat terkejut dengan hal sebegini. Yang pasti ini semua boleh juga mengundang ramai lagi manusia-manusia bersikap tamak haloba melayan nafsu mereka.”

Chef menganggap tindakan sebegini sangat menjijikan dan memalukan malah pemberian sepatutnya untuk golongan yang memerlukan.

“Ia sangat menjijikan. Sudah tentu tak semua bersikap begitu melainkan menerima sedekah itu. Dalam dunia ini ramai lagi insan yang bernasib malang lebih memerlukan. Kita seharusnya ambil pengajaran dari apa yang dah terjadi.”

Menerusi gambar yang menjadi tular di media sosial, banyak barang yang rosak dan tak boleh digunakan lagi. Bagi murai.my, itu satu pembaziran yang amat besar.

Foto: MyNewsHub
Foto: MyNewsHub

Kesian kepada mereka yang lebih memerlukan tapi kamu hanya mampu melihat dalam kesedihan. Menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia masih tak berubah!

TMJ & Keluarga Tunai Umrah, Sempat Bertemu Legenda Ragbi Sonny Bill Williams di Masjidil Haram, Makkah
aeon tebrauchef wanchef wan mengamokjohorTmjTunku Ismail Sultan Ibrahim
https://lomp.at/i8957
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Berita

“Mesej Dihantar Masih Tak Dibaca”- Nuh Travel Beri Penjelasan

by Naddy Joe
January 16, 2026

Baru-baru ini tular berita kehilangan pelakon, Nadia Kesuma yang gagal dikesan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz,...

Read moreDetails
Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara