• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Taman Tema Genting SkyWorlds Menerima Pengiktirafan Dari MOTAC

by Aphit J.
September 17, 2023
Share on Facebook

Taman Tema Genting SkyWorlds, tarikan bertaraf dunia oleh Resorts World Genting, menjadi sebagai satu-satunya taman tema dan yang pertama yang menerima pengiktirafan platinum Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), baru-baru ini.

Kawasan seluas 26 ekar di atas awan ini memasuki program jaminan kualiti oleh Kementerian di bawah kategori “Pelancongan Buatan Manusia” dan mendapat penarafan keseluruhan tinggi sebanyak 96.69% dalam 7 kriteria penilaian utama.

Taman tema luar ini dinilai oleh MyTQA berdasarkan penampilan dan pengalaman; kualiti perkhidmatan; kemudahan; pemasaran dan promosi; kaji selidik pelanggan; dan amalan terbaik keselamatan serta kelestarian.

View this post on Instagram

A post shared by Genting SkyWorlds Theme Park (@gentingskyworlds)

MyTQA telah dimulakan oleh MOTAC pada tahun 2014 untuk meningkatkan perkhidmatan dan kualiti kemudahan bagi produk-produk pelancongan di Malaysia. Program akreditasi ini meningkatkan keyakinan terhadap produk pelancongan tempatan dan digunakan sebagai rujukan utama oleh pelancong untuk memilih produk terbaik.

“Kami teruja dianugerahkan pengiktirafan tertinggi bagi pelancongan berkualiti oleh MOTAC,” kata Aaron Soo, Naib Presiden Kanan Tarikan dan Penyewaan, Genting Malaysia Berhad.

“Pengiktirafan oleh Kementerian ini membuktikan usaha berterusan kami untuk mencapai kecemerlangan, penjagaan dan kepintaran dalam mewujudkan tarikan luar bertaraf dunia yang bukan sahaja menumpukan kepada penyampaian hiburan yang mempesonakan dan tiada tandingan, malah kepada kemudahan sempurna dan keselamatan pengunjung yang didayakan oleh teknologi yang optimum,” kata beliau lagi.

Taman Tema Genting SkyWorlds telah menerima kira-kira 1.56 juta pengunjung sejak dibuka pada Februari 2022 dan terus menjadi tarikan pengembaraan ajaib dan bertaraf antarabangsa yang memenuhi kehendak pelbagai golongan.

Genting SkyWorlds menyediakan pengalaman hiburan bersepadu yang luar biasa dalam bentuk tunggangan, tarikan dan pertunjukan yang menarik melalui 9 dunia tersendiri untuk mencipta kenangan yang unik dan kekal

Soo menambah: “Dengan pengiktirafan terbaharu ini, kami semakin bersemangat dan bermotivasi untuk mencipta pengalaman yang lebih luar biasa di Taman Tema Genting SkyWorlds. Kami bersedia meneroka perjalanan lebih mencabar ke arah kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.”

Genting SkyWorlds menawarkan pelbagai pengalaman yang disesuaikan dengan mendalam untuk golongan muda dan mereka yang berjiwa remaja.

Dari pakej pembinaan pasukan yang dibuat khusus hingga lawatan “pengalaman VIP” dan pakej pesta ulang tahun, ada dunia baru yang menyeronokkan hanya menunggu untuk ditemui! Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari gentingskyworlds.com atau saluran media sosial rasmi taman tema.

genting highland
https://lomp.at/swhcx
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
HotList

5 Tempat Melihat ‘View Sunset’ Terpaling Cantik Di Sekitar Kuala Lumpur

by Haz Haan
November 18, 2022

Matahari terbenam adalah fenomena alam semula jadi yang berlaku setiap hari dari kira-kira 7:00 hingga 7:30 p.m dan juga salah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore