Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Tamat Zaman Janda, Bunga Citra Lestari Pilih Ahli Perniagaan Jadi Suami?

by Rory Kim
November 26, 2023
Foto - KapanLagi

Foto - KapanLagi

Share on Facebook

Negara seberang tengah hangat bercerita tentang bintang hebat Bunga Citra Lestari dikhabarkan bakal menamatkan zaman jandanya.

BCL didakwa memilih ahli perniagaan yang dikenali sebagai Tiko Pradipta Aryawardhana bakal mendirikan masjid pada 2 Disember depan. Majlis mereka akan berlangsung di sebuah hotel di Bali.

Berita Disahkan Jabatan Agama

KapanLagi melaporkan, perkara itu disahkan oleh kakitangan Kantor Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakarta Selatan dikenali sebagai Emma Fatmayani yang berkongsi jangkaan lokasi pernikahan BCL adalah di KUA Mengwi, Bali.

Foto – KapanLagi

“Kedua-dua pihak sudah menghantar borang dan salinan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suami BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.

“Pihak Tiko juga sudah menyerahkan salinan dokumen pengesahan perceraiannya sebelum ini,” ujarnya.

“Berdasarkan dokumen yang dihantar, Tiko adalah seorang duda yang bercerai hidup sebelum ini,” katanya lagi.

BCL & Tiko Sudah Mengenali Kedua Keluarga

Gosip percintaan BCL dan Tiko yang seorang duda tercetus selepas aktres itu memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 pada Mac lalu. Kelibat dan aksi mesra dalam video tersebut membuatkan ramai yang membuat spekulasi bahawa wujud hubungan istimewa antara mereka.

Foto – KapanLagi

Tiko juga dilihat kerap hadir ke majlis keluarga BCL termasuk sambutan hari raya tahun ini.    Malah, pasangan ini sudah mengenali kedua belah keluarga dan merestui perhubungan mereka.

Umum mengetahui BCL telah berkahwin dengan Ashraf Sinclair pada 8 November 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Sinclair. 12 tahun membina rumah tangga, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020, akibat serangan jantung.

Jika betul dakwaan BCL bakal berkahwin, Miss Murai ucapkan tahniah.

Konsert BCL: Eternal Love, Timeless Romance Berjaya Sentuh Emosi Ribuan Peminat
artis indonesiaBCLbunga citra lestari
https://lomp.at/ogdp3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @lucintaluna12 (TikTok)
Indonesia

Nekad Berubah & Kembali Ke Fitrah Asal, Lucinta Luna Minta Sokongan Ramai

by Nurul A.
March 25, 2026

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan transformasi terkini selebriti Lucinta Luna. Setelah bertahun-tahun dikenali dengan imej feminin, Lucinta atau nama...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara