Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Tampilkan Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Sharnaaz Ahmad… Kualiti Iklan Raya Ini Dipuji Ramai!

by Arsiqin Yusof
April 11, 2023
Share on Facebook

Setiap kali menjelang Syawal, pastinya akan muncul pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai syarikat untuk paparan di kaca televisyen mahupun di internet. Pelbagai konsep dan penceritaan ditampilkan mengikut kreativiti masing-masing.

Semestinya ramai antara kita yang membesar dengan iklan-iklan raya daripada Petronas, TNB dan pelbagai lagi.

Iklan Raya Dibintangi Pelakon Popular

Tidak ketinggalan tahun ini, pengeluar jenama baju Melayu terkenal, Bulan Bintang juga tampil dengan iklan raya mereka yang diberi judul Raya Macam Star. Menariknya tentang iklan ini, ia menampilkan barisan pelakon popular yang sama-sama menjayakan watak dalam menyampaikan mesej positif kepada penonton.

Antara pelakon popular yang dimaksudkan adalah Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy.

Menerusi tinjauan Murai MY, iklan raya berkenaan mendapat sambutan hangat oleh orang ramai apabila berjaya mendapat tontonan lebih 500,000 dalam masa dua hari ditayangkan di platform YouTube.

YouTube video

Reaksi Netizen

Menjengah reaksi wargamaya di media sosial, ramai dalam kalangan mereka yang memuji kualiti penghasilan iklan raya syarikat tersebut hingga ada yang mengatakan ia setanding dengan jenama yang kerap mengeluarkan iklan raya setiap tahun.

“Level iklan TNB, power,” tulis @syafiqyzd

“Siapa yang produce TVC ni? Cantik,” soal @heize81

“Iklan raya yang boleh pergi jauh kalau macam ini,” tulis @atennfdzl

“Favorite bro! Iklan raya paling best setakat ini,” tulis @bujinsbatik pula.

Aku rasa kita semua membesar dgn mcm2 iklan raya. Ada yg power & impactful, boleh ingat sampai bila2.

Tahun ni 1st time Bulan Bintang buat iklan raya. Harap dpt tempat dlm hati penonton, sebaris dgn iklan brand besar yang lain.

Tak sia-sia fight untuk Hannah Delisha berlakon… pic.twitter.com/eSZc74hfQR

— meri (@meripergibulat) April 8, 2023

Ekoran itu, ada juga netizen yang meminta agar Bulan Bintang meneruskan kesinambungan iklan raya berkenaan untuk tahun-tahun akan datang.

QHIAM Angkat Warisan Tradisi Malaysia

Sedikit mengenai penceritaan iklan ini, ia menampilkan watak seorang pemuda bernama Zul yang jatuh hati pada seorang gadis dan cuba mencari jalan untuk bertemu dengan gadis terbabit ketika Syawal.

Menerima cadangan daripada poster Sharnaaz , Shukri dan Beto yang boleh bercakap, Zul menjemput seisi kampung untuk datang ke rumah terbukanya.

Lucunya, ketika menyarung baju Melayu Bulan Bintang, Zul tiba-tiba bertukar sekacak Shukri Yahaya dan impiannya untuk bertemu dengan gadis terbabit (lakonan Hannah Delisha) tercapai.

baju rayaBulan BintangpelakonSelebriti
https://lomp.at/qjk3d
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Normala Samsudin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi-“Akhirnya Saya Kalah..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memulakan tahun baru dengan ujian kesihatan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan...

Read moreDetails
Lokal

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isaac Raees Yang Ke-5

by Naddy Joe
January 6, 2026

Pelakon, Zahirah Macwilson menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir putera tunggalnya Isaac Raees yang kini sudah berusia lima tahun pada...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    [VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore