Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih

by Lisa Ghani
January 27, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Kagumnya melihat orang yang boleh berkawan dan bergurau senda dengan bekas kekasih. Bagi sesetengah orang adalah sukar untuk melupakan si dia apabila sudah berpisah. Kalau boleh tak nak ingat dan bercakap langsung. Kamu anggap si dia macam dah tak wujud di muka bumi ini lagi.

Tapi kita sebagai wanita yang kuat tentu tahu bahawa kita tidak boleh membiarkan kesedihan mengawal kehidupan. Sampai bila nak bermusuhan.

Berikut tanda-tanda mengesahkan kamu akhirnya betul-betul telah melupakan atau tiada rasa cinta lagi pada bekas kekasih. Kamu telah MOVE ON!

Langsung tak rasa apa-apa bila lihat si dia bersama wanita lain

Kamu tidak lagi merasa menyampah atau jelik melihat update si dia di media sosial (ini pun jika kamu masih berkawan dengannya).

Foto – Getty

Apabila perasaan benci atau cinta digantikan dengan sikap tidak peduli dan sikap acuh tak acuh, ia menunjukkan bahawa dia kembali menjadi orang yang tidak dikenali.

Tidak keberatan menjadi rakannya kembali

Kamu telah mencapai tahap di mana anda langsung tidak merasa apa-apa perasaan atau permusuhan dengannya dan tidak keberatan untuk berinteraksi dalam talian atau menjadi kawan semula.

Telah kembali aktif berkawan atau berkenalan dengan orang lain

Tanda yang paling menonjol setelah move on adalah kamu mula mencari pasangan baru. Walaubagaimanapun, jangan gunakan ini sebagai muslihat untuk rebound atau saja membuatkan bekas kekasih cemburu kerana kamu bakal sakitkan hati pasangan baru.

Tidak mengelak pergi ke tempat yang ada memori kenangan bersama

Mungkin selepas berpisah, masing-masing mengelak untuk pergi ke tempat yang menjadi kenangan bersama si dia. Kononnya takutlah kalau-kalau mengimbau kembali kenangan manis bersama.

Foto – Getty

Tetapi kalau sudah move on, kamu tak kisah pun untuk pergi ke semua tempat walaupun ia memberi kenangan buruk. Kamu telah menyedari kenapa kamu harus berhenti hidup gembira hanya kerana seorang manusia seperti dia.

Kamu tidak lagi mengharapkan perdamaian

Pertunjuk terbesar setelah move on daripada hubungan yang gagal adalah kamu tidak lagi berharap untuk berdamai atau kembali kepada bekas kekasih.

Kamu juga tidak akan menunggu di telefon dan menjangkakan dia akan menghantar mesej atau menelefon dan meminta kamu kembali semula. Sekarang kamu telah menjadi lebih rasional, praktikal dan realistik.

Lepas ini kalau ‘bertembung’ dengan si dia tak perlu kelam-kabut nak lari.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
tanda move ontips percintaan
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan

  2. 2

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

  3. 3

    Bukan Selebriti, Ini Latar Belakang Isteri Baharu Aamir Khan

  4. 4

    Infaq Atau Eksploitasi? Cara Agih Makanan Ketika Live TikTok Jadi Perdebatan

  5. 5

    Dituduh Biarkan Ibu Terkontang-kanting, Marissa Dania Jawab Pedas Kecaman Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara