Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

6 Fakta Menarik ‘Mall’ Terbaru LaLaport BBCC, Dulu Merupakan Tapak Penjara Pudu

LaLaport BBCC baru sahaja mula beroperasi pada 20 Januari2022

by Phic ARMAN
January 20, 2022
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC sebenarnya dahulu adalah tapak Penjara Pudu yang amat dikenali suatu kita dahulu.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Kini LaLaport BBCC baru sahaja mula beroperasi pada 20 Januari2022, Mitsui Shopping Park LaLaport BUKITBINTANG CITY CENTRE (“LaLaport BBCC”) merupakan fasiliti luar negara yang pertama di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co., Ltd. (“Mitsui Fudosan”). Jom lihat 7 fakta menarik tentang LaLaport BBCC.

1. Berasal Dari Jepun

LaLaport BBCC adalah pusat beli-belah gaya hidup yang berasal dari Jepun. Ia mewujudkan suasana interaksi yang damai dan santai menerusigabungan fasiliti komersial, pejabat, kediaman, hotel dan lain-lain kemudahan.

2. Pelbagai Jenama Terkemuka Dari Jepun

Pusat itu juga turut menampilkan kepelbagaian jenama dengan nama-nama yang terkemuka di Jepun turut membuat kemunculan sulung di Malaysia. Dianggarkan 400 kedai dengan pelbagai penyewa optimum akan dibuka secara berperingkat dengan pembukaan pada Januari 2022 dan dimeriahkan lagi dengan barisan jenama terkenal dari Jepun yang menyaksikan kehadiran julung kali di Malaysia.

LaLaport BBCC akan membawakan jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DONKI. Selain itu, Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun, akan membuka kemudahan pertamanya di Malaysia di sini di LaLaport.

3. Bertemakan Konsep “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”

Bertemakan konsep rekaan “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”, LaLaport BBCC mempunyai gaya penampilan yang sesuai dengan lokasi di pusat bandar, ditambah dengan keistimewaan tona rekaan dalaman.

4. Tempat makan yang berkonsep baharu

LaLaport BBCC juga menawarkan pengalaman makanan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pusat membeli-belah seperti kedai pertama atau kedai utama di Malaysia, seperti kedai yang disenaraikan sebelum ini oleh Michelin, tempat makan yang berkonsep baharu oleh chef terkenal – tawaran yang unik dan menarik dari Shin’Labo, Marta’s Kitchen,Buena Brasa Gastro pub,DONQ/Mini One, MATCHA EIGHT, YAKINIKU SIZZLE oleh YAKINIQUEST dan banyak lagi. Pengunjung juga akan dapat menikmati citarasa restoran tempatan yang
telah menempah nama di Malaysia.

5. Central Rooftop Garden

Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan bersantai di LaLaport BBCC dengan banyak ruang acara disediakan seperti “Central Rooftop Garden” dengan keluasan sebesar 1,700 meter persegi yang dikelilingi oleh kehijauan dan pokok-pokok. Pusat beli-belah ini juga mempunyai ruang acara unik yang terletak di tengah-tengah Gourmet Street – “WOW PLAZA”, dan tarikan di pintu masuk utama yang menampilkan pelbagai bentuk pencahayaan seiring dengan acara bermusim – “Grand Step”.

6. Pintu Masuk Penjara Pudu dikekalkan

Lebih menarik, LaLaport BBCC ini  mengekalkan pintu masuk Penjara Pudu yang masih berdiri megah. Tapak penjara ini seluas 8.9 hektar itu pernah di kelilingi lukisan mural sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter terpanjang di dunia, indah pada setiap inci tembok.

lalaport bukit bintangpenjara pudu
https://lomp.at/o6alr
Share16Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara