Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

[FOTO] Tayang Baby Bump, Katrina Kaif Umum Hamil Anak Pertama

by Nurul A.
September 25, 2025
Foto - Manish Malhotra

Foto - Manish Malhotra

Share on Facebook

Berita kehamilan aktres popular Katrina Kaif bukan lagi sekadar khabar angin. Selepas tersebar luas khabar angin bahawa dia akan bersalin pada Oktober ini, Katrina akhirnya tampil mengesahkan berita itu dalam posting terbarunya di Instagram.

Dalam posting tersebut, Katrina memuat naik sebuah gambar polaroid yang menunjukkan baby bump miliknya. Jika perhatikan saiz perutnya dalam gambar tersebut, nampaknya dia sudah memasuki trimester ketiga.

View this post on Instagram

A post shared by Katrina Kaif (@katrinakaif)

Untuk pengetahuan semua, desas-desus berita kehamilan Katrina sebenarnya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu. Bagaimana pun, suami Katrina iaitu Vicky Kaushal tampil menafikan isterinya sedang hamil ketika itu. Tegasnya jika ada berita gembira (merujuk kepada kehamilan), pasangan itu pasti akan umumkan.

View this post on Instagram

A post shared by Namaste Bollywood (@namastebollywood.in)

Walaupun Vicky telah menafikan khabar angin tersebut, gambar Katrina dengan perutnya yang kelihatan besar telah menjadi tular baru-baru ini sebelum dia umumkan di Instagram. Gambar tersebut sepertinya diambil oleh paparazi dan tular dalam talian, menjadikan Katrina tidak dapat menyembunyikannya lagi.

Dan dalam posting terbarunya itu, Katrina menyifatkan kehamilannya sebagai satu perjalanan baharu untuk menyambut kelahiran anak pertamanya.

View this post on Instagram

A post shared by Katrina Kaif (@katrinakaif)

Pengumuman Katrina di Instagram itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan juga rakan selebriti. Rata-ratanya mendoakan dan mengucapkan tahniah atas kehamilan anak pertama itu.

Berdasarkan beberapa laporan media India, Katrina Kaif dijangka akan melahirkan anak pertamanya pada tengah hingga akhir Oktober 2025. Katrina juga dilaporkan bercadang untuk berehat panjang bagi memberi tumpuan kepada peranan baharunya sebagai seorang ibu.

View this post on Instagram

A post shared by Katrina Kaif (@katrinakaif)

Untuk rekod, Katrina Kaif dan Vicky Kaushal dilaporkan mula menjalinkan hubungan pada tahun 2019. Pasangan Bollywood ini kemudiannya berkahwin pada tahun 9 Disember 2021 dalam upacara tradisional Hindu di Six Senses Fort Barwara, Rajasthan.

Team MURAI ucapkan tahniah kepada Katrina dan Vicky atas berita gembira ini!

Kerana Aktres Jelita Ini, Salman & Shah Rukh Khan Bergaduh Teruk Di Parti Hari Jadi Katrina Kaif
katrina kaifkatrina kaif hamilvicky kaushal
https://lomp.at/677bf
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Hantar Surat Guaman Kepada Keluarga, Brooklyn Beckham Digelar “Si Tanggang England”

by Nurul A.
January 12, 2026

Nampaknya konflik antara keluarga Beckham dan Brooklyn Beckham masih berterusan dan tidak ada penghujungnya. Baru-baru ini, anak sulung pasangan David...

Read moreDetails
Foto - @truedollah (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Bella Bersama ‘Lelaki Terbaik’, Netizen Gesa Space Dollah “Spill The Tea”

by Nurul A.
January 16, 2026

Seorang pendaki Amerika (@terrypernell) yang turut mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini telah menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video bersama...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Normala Samsudin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi-“Akhirnya Saya Kalah..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memulakan tahun baru dengan ujian kesihatan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore