Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Teguran Rakyat Malaysia “Menjadi”, Angelina Jolie Kini Kutuk Rejim Israel Atas Pengeboman Kejam Jabalia

by Puteri Alia
November 2, 2023
Share on Facebook

Isu Palestin bukan semata-mata pertembungan antara agama, tetapi ia isu kemanusiaan sejagat. Sudah berpuluh-puluh tahun lamanya rakyat Palestin dinafikan hak mereka untuk menduduki tanah air sendiri.

Dunia juga mengetahui hasil kerakusan kuasa besar menempatkan Israel di Palestin berdasarkan Deklarasi Belfour pada 1917 dan akhirnya menjajah dan menjarah setiap inci tanah Palestin.

Secara sejarahnya, pada 14 Mei 1948, Perdana Menteri pertama Israel, iaitu David Ben Gurion mengadakan upacara di Tel Aviv untuk mengisytiharkan kelahiran negara baharu Israel di Palestin.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa siri perjuangan kecil yang dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam  memainkan peranan sebagai negara yang lantang bersuara demi mengembalikan hak rakyat Palestin di mata dunia.

Malah disebabkan perjuangan kecil itu juga jika selama ini bintang terkenal ini dikecam bersikap nuetral berhubung konflik Palestin-Israel, pengebomban kem pelarian Jabalia di Gaza pada Selasa lalu, ia telah menjadi titik perubahan buat bintang filem terkenal dunia, Angelina Jolie untuk bangkit menyuarakan pandangannya.

Angelina yang juga aktivis kemanusiaan secara terang-terangan mengutuk perbuatan kejam tentera Zionis yang disifatkan sebagai tindakan disengajakan.

Katanya, sejak konflik Palestin-Israel tercetus dua dekad lalu wilayah tersebut menjadi penjara terbuka dan kini bakal menjadi tapak kuburan terbesar.

“Ini adalah pengeboman yang sengaja dilakukan terhadap penduduk yang terperangkap di situ tanpa berpeluang melarikan diri.

“Sebanyak 40 peratus mangsa korban adalah kanak-kanak yang tidak berdosa, manakala banyak lagi keluarga terbunuh,” katanya menerusi perkongsian dalam Instragram yang diikuti hampir 15 juta pengikut.

Bintang Lara Croft: Tomb Raider itu turut menjentik pemimpin dunia yang hanya memerhati dari jauh kekejaman yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak, wanita dan warga emas.

“Berjuta-juta penduduk awam Palestin tidak mendapat pembelaan secara kolektif, sebaliknya dihukum dengan kelewatan bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan bekalan ubat.

“Sekali gus semua ini bertentangan dengan undang-undang hak asasi antarabangsa,” kongsinya lagi.

Lebih menjengkelkan ujarnya, pemimpin dunia juga seakan-akan tidak berupaya untuk sepakat melakukan gencatan senjata secara menyeluruh bagi mengekang tragedi berdarah itu.

“Pemimpin dunia juga terlibat dalam jenayah sebegini kerana tidak memenuhi tuntutan gencatan senjata, selain menghalang kemasukan wakil Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), ” katanya.

Kelmarin, Israel melancarkan serangan udara ke kem pelarian Jabalia di utara Gaza  selama dua hari berturut-turut yang mengorbankan puluhan nyawa, dengan ramai mangsa lain mengalami kecederaan.

"Brad Pitt Menyesal Bercerai Dengan Angelina Jolie"- Sumber Rapat

Kem Jabalia yang berkeluasan 1.4 kilometer persegi itu didirikan sekitar tahun 1948 dan sehingga kini telah menampung seramai 116,000  pelarian perang dari pelbagai wilayah berhampiran.

Kelantangan bekas duta khas agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu meraih pujian pengikutnya.

Sebelum ini Jolie berdepan kecaman apabila didakwa seakan-akan menutup mata terhadap tindakan Zionis menjarah bumi Gaza.

Angelina Jolie
https://lomp.at/5rj2h
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara