Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Telur Bilis Amira Othman Ketika Bulan Madu Jadi Fenomena, Satu Malaysia Terliur!

by Puteri Alia
September 23, 2025
Share on Facebook

Gara-gara sekeping video ringkas masakan ketika berbulan madu di Switzerland, pasangan baharu Fattah Amin dan Amira Othman kini sekali lagi menjadi bualan hangat netizen. Amira yang mesra dipanggil Mira hanya menyediakan lauk telur mata tumis bawang bersama bilis untuk suaminya, namun menu sesederhana itu cukup mencuri perhatian sehingga menjadi ikutan ramai dalam sekelip mata.

Dalam rakaman berdurasi pendek itu, kelihatan Amira menyediakan hidangan berkenaan dengan penuh bersahaja, namun air tangannya nyata memberi kesan besar. Juadah mudah tersebut tampak begitu menyelerakan hingga ramai pengikut Amira dan Fattah tidak menunggu lama untuk mencubanya sendiri di rumah. Fenomena “telur bilis” itu akhirnya meletus di media sosial apabila Instagram pasangan ini dibanjiri foto serta video hasil masakan netizen yang seakan-akan mahu menunjukkan mereka juga boleh menghasilkan menu ala Amira Othman.

Lebih menarik, Fattah dan Amira tidak sekadar berdiam diri tetapi turut menghargai usaha peminat dengan berkongsi semula beberapa hantaran yang dimuat naik pengikut mereka di InstaStory. Ada kapsyen manja, ada juga jenaka ringan yang membuatkan ramai tersenyum. Di TikTok pula, ruangan komen dipenuhi reaksi menghiburkan dengan rata-rata mengakui resepi ringkas itu berjaya membangkitkan selera. “Rasanya satu Malaysia masak lauk ini minggu ini,” seloroh seorang pengguna, manakala seorang lagi berkata, “Penangan seorang bernama Amira Othman, lain betul auranya. Padahal resepi itu ringkas sahaja tetapi ramai terliur.”

Sejak disatukan pada 14 September lalu di sebuah pusat peranginan mewah di Sepang bertepatan dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35, pasangan yang mendapat jolokan “FattMira” ini tidak pernah sunyi daripada perhatian peminat. Jika sebelum ini kisah cinta dan perkahwinan mereka mencetuskan kehangatan, kini sebuah lauk ringkas dari dapur bulan madu pun sudah cukup untuk menjadi fenomena kecil di alam maya. Ternyata, aura pasangan ini bukan sahaja mampu mencetuskan romantika, bahkan boleh mengubah lauk kampung yang biasa menjadi trend masakan seantero negara.

[VIDEO] "Amira Othman Warning Saya, Kalau Cerita Nanti Tak Dapat Invitation"-Hael Husaini
Amira Othman
https://lomp.at/k4hrg
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara