Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[TEMUBUAL EKSKLUSIF] 4 Penyanyi Baharu Indigital Music Teruja Buat Persiapan Aidilfitri

Kesemua mereka ternyata meluahkan rasa teruja untuk menyambut Aidilfitri esok

by Khai Azfar
May 12, 2021
Share on Facebook

Label Indigital Music sejak tahun lalu telah memperkenalkan beberapa muka baharu di dalam industri muzik. Penyanyi-penyanyi muda ini bukan sahaja memiliki pakej yang lengkap, malah mempunyai forte tersendiri.

Persiapan Raya Dalam Norma Baharu 

Murai.my berkesempatan untuk menemubual sebahagian besar penyanyi baharu Indigital Music terdiri daripada Syahmi Irfan, Aliff Iskandar, Syafiq Naser dan Killa Driz di majlis berbuka puasa anjuran label itu baru-baru ini. Kesemua mereka ternyata meluahkan rasa teruja untuk menyambut Aidilfitri esok apatah rata-rata ini merupakan pengalaman pertama bergelar sebagai seorang selebriti.

Biarpun dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketiga dan norma baharu, namun adat, kewajipan serta persiapan serba sederhana tetap dilakukan oleh mereka. Ikuti temubual eksklusif Murai.my bersama empat penyanyi kacak Indigital Music ini.

1. Mungkin ada diantara anda, ini adalah tahun pertama menyambut Aidilfitri sebagai seorang selebriti. Adakah terdapat perbezaan pada tahun sebelum ini dan sekarang dari segi persiapan dan sebagainya?

Syahmi Irfan : Perbezaan itu tak banyak sangat. Saya setiap tahun memang akan balik kampung memandangkan lokasi pun di dalam Selangor juga. Cuma dari segi kerjaya memang ada beza. Sebelum ini saya sibuk membuat latihan sebagai atlet sekarang ini terikat pula dengan jadual belajar dan promosi lagu. Boleh dikatakan bertukar 360 darjah.

Killa Driz : Tahun ini, memang berbeza sebab walaupun saya dah lama menyanyi tetapi kali ini berbeza sebab saya bertuah dapat bernaung di bawah Indigital Music. Macam ada yang tahu, sebelum ini saya pernah ditipu. Jadi bila dapat sertai Indigital, saya memang gembira dapat pengurus yang bagus dan saya takkan ditipu lagi, Insyallah.

Aliff Iskandar: Sebenarnya banyak perbezaan daripada saya tidak dikenali sehinggalah kini dikenali. Terlalu banyak untuk diungkapkan. Jadi terima kasih, terima kasih kerana menyokong saya.

Syafiq Naser : Kalau dulu, sebelum raya tak ada apa sangat. Tahun ini agak berbeza saya dah mula sibuk dengan pelbagai penggambaran dan promosi sepanjang ramadan dan sebelum raya. Saya pun masih setahun jagung, tak adalah sibuk sangat seperti selebriti lain.

2. Setakat ini, bergelar sebagai penyanyi ada tak terima usikan nakal daripada peminat?

Syafiq Naser

Syahmi Irfan : Setakat ini tiada lah yang sampai nakal-nakal. Saya layan sahaja peminat termasuk buat mereka yang ingin bergambar .

Killa Driz : Kalau DM itu adalah. Yang komen baik saya memang akan selalu cakap terima kasih dan balas bagi emoji macam itu, Yang mana nakal itu, saya tak layan dan tak balas. Saya masih baru dengan Indigital dan muda lagi jadi saya tak nak ambil peluang ini untuk mengambil kesempatan atas nama baik label.

Aliff Iskandar : Alhamdulillah, saya tidak pernah mendapat komen nakal daripada peminat mahupun orang sekeliling. Semuanya positif dan banyak sokong saya walaupun kadang-kadang saya kecewa mereka akan datang beri semangat mengenai perjalanan dunia seni.

Syafiq Naser : Setakat ini jarang la berlaku sebab respond mereka rata-rata saya anggap macam kawan kawan

3. Baju raya tahun ini berapa pasang?

Killa Driz

Syahmi Irfan : Dua pasang iaitu warna ungu dan kuning. Mungkin raya perrama saya akan mengenakan Baju Melayu berwarna kuning.

Killa Driz: Saya tahun ini hanya 3 pasang baju sahaja.

Aliff Iskandar : Tahun ini saya sediakan 2 pasang baju raya. Saya suka OOTD jadinanti tengok baju warna apa saya pakai, kita raya sama-sama.

Syafiq Naser : Tahun ini, saya tak beria sangat sebab macam dah boleh agak dengan keadaan apa yang berlaku sekarang. Jadi baju raya tahun ini ada dalam 2 pasang sahaja. Bolehlah pakai untuk bergambar dengan kawan-kawan serumah.

4.Kenangan hari raya yang tidak dapat dilupakan?

Syahmi Irfan

Syahmi Irfan : Saya pernah beratur sehingga tiga kali ketika hendak ambil duit raya daripada makcik. Dia ini jenis pelupa tapi akhirnya saya yang terkena balik sebab dia bagi sampul kosong.

Killa Driz : Kenangan yang paling seronok adalah masa saya umur 12 tahun, main mercun dengan semua saudara-mara  saya  dekat luar rumah arwah nenek saya. Sampai sekarang, setiap tahun saya akan hubungi saudara-mara saya dan tanya pasal mercun, tapi tiada rezeki tahun ini.

Aliff Iskandar : Kenangan raya yang tak boleh saya lupakan bila malam raya.Masa itu  umur saya 12 tahun.Semua ahli keluarga tengah main mercun saya dengan abang sahaja yang main bola tengah-tengah malam depan rumah.Tiba-tiba saya tertendang sampai kena tingkap dan pecah.Apa lagi? Ayah kejar dengan selipar dia yang keras itu .Dua hari juga tidur dekat rumah nenek tak balik.Nasib baik rumah nenek dekat depan rumah.

Syafiq Naser : Pernah satu tahun haritu saya tiada mood untuk beraya sebab saya tak ada baju raya.Jadi saya tak keluar bilik pun. Konon merajuk. Masa itu pula sibuk dengan peperiksaan akhir sebab masih belajar.Bila diingatkan balik macam serba salah pula, ‘spoil’ semua mood ahli keluarga sebab saya.

5. Kuih raya kegemaran ?

Aliff Iskandar

Syahmi Irfan : Tart Nenas. Sebenarnya saya tak suka sangat Tart Nenas tapi pernah cuba sekali masa jemputan rumah terbuka. Tiba-tiba jadi kegemaran pula .

Killa Driz : Kuih kegemaran saya adalah Almond London. Setiap tahun,saya wajib beli dan kalau saya beraya dekat rumah orang memang saya cari kuih itu. Saya tak minat sangat coklat sebenarnya, tapi kuih itu memang kegemaran saya.

Aliff Iskandar :  Kuih raya paling saya suka memang akan cari biskut Almond London.Beraya dekat rumah orang pun memang akan cari kuih itu dulu.Saya jenis yang suka coklatj adi memang pilihan utama Almond London.

Syafiq Naser : Saya suka Tart Nenas yang ‘crunchy dan Semperit yang mempunyai lemak susu cair di mulut. Sedapnya!

6. Komen dan nasihat kepada orang ramai mengenai PKP 3.0?

Syahmi Irfan : Dikala kes Covid semakin meningkat hingga mencapai angka 4 ribu, saya harap kita semua dapat patuhi SOP yang ditetapkan. Meskipun Syawal dalam norma baharu, ‘mood’ raya itu mesti kena teruskan walau beraya secara kecil-kecilan kali ini. Kita jaga kita.

Killa Driz : Saya cuma harap semua orang boleh memberi kerjasama untuk mengikut SOP dan sentiasa bersabar. Walaupun tahun ini penuh dengan cabaran, saya yakin kalau kita semua bekerjasama untuk duduk di rumah dan mengikut SOP jika perlu keluar, Insyaallah kita boleh putuskan rangkaian COVID.

Aliff Iskandar : Bagi saya, PKP 3.0 ini tiada banyak benda yang kita boleh bincangkan.Ini usaha kerajaan untuk cuba mengurangkan kes Covid-19..Tetapi saya sedikit kecewa dan sedih sebab tak dapat nak beraya dengan keluarga.Tak banyak yang kita boleh buat hanya perlu mengikut arahan dan juga SOP demi keselamatan orang tersayang.

Syafiq Naser : Pengumuman mengejut yang dibuat oleh kerajaan memang kita tak boleh jangka. Tapi melihat kepada keadaan semasa, angka pesakit yang semakin meningkat, kita sebagai rakyat haruslah prihatin dan berganding bahu menjaga diri kita sendiri supaya sama-sama dapat mengurangkan dan melandaikan graf bilangan pesakit Covid di negara kita ini. Patuhi semua SOP yang telah ditetapkan dan jangan pentingkan diri,nasihat antara satu sama lain. Tidak mengapa, Insyaallah kalau berpeluang, tahun akan datang kita boleh beraya lagi. Sama-sama kita bersatu padu dalam menangani Covid-19 ini.

7. Ucapan raya buat peminat dan pembaca Murai.my?

Syahmi Irfan : Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Meskipun kita tidak dibernarkan beraya di kampung, mood raya pastikan ‘On’ sebab raya cuma setahun sekali.

Killa Driz : Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin, saya harap tahun depan kita semua boleh beraya bersama-sama dan ‘enjoy’!

Aliff Iskandar : Hari raya pada kali ini saya ak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua yang menyambut terutamanya khas kepada pembaca Murai.my semoga raya kali ini menjadi penuh bermakna walaupun dimana kita berada dan selalu berhati-hati apabila kita berjumpa serta bersosial semasa aktiviti raya.

Syafiq Naser : Saya Syafiq Naser ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari jika ada salah silap dan terlanjur kata walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain. Ampun dan maaf harap dipinta. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya sepanjang saya berada di dalam industri. Doakan saya supaya lebih maju dan berjaya di masa hadapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aliff IskandarIndigital MusicKilla DrizNursyafiq NaserSyafiq NaserSyahmi Irfan
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

PU Amin
Spotlight

PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Berunsur Cinta Songsang- “Tunggu Azab Baru Nak Sedar?”

by Nurul A.
September 2, 2026

Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur...

Read moreDetails
Borneo Rising
Spotlight

Borneo Rising: CelcomDigi, Astro Ketengahkan Bakat Muzik Dari Sabah & Sarawak

by Nurul A.
August 27, 2026

CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi"), dengan kerjasama Astro, bakal membuka lembaran baharu dalam landskap hiburan Malaysia menerusi pelancaran Borneo Rising. Sebagai pertandingan...

Read moreDetails
Foto - @norreen143 (Threads)
Spotlight

Tanggal Tudung, Hantaran Norreen Iman ‘Diserang’ Netizen- “Cerai Je Hilang Tudung”

by Nurul A.
July 13, 2026

Nampaknya teka teki mengenai pelakon Norreen Iman tidak lagi mengenakan tudung sudah terjawab. Berdasarkan hantaran terbarunya di platform Threads dan...

Read moreDetails
Foto - @nelydiasenrose (IG)
Spotlight

“Saya Suami & Ayah Paling Bertuah”- Ucapan Suami Nelydia Senrose Buat Ramai Tersentuh

by Nurul A.
July 28, 2026

Ahli perniagaan Datuk Mohd Hafez Halimi berkongsi khabar gembira apabila isterinya, pelakon Datin Nelydia Senrose telah selamat melahirkan bayi lelaki...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Spotlight

‘Leak’ Maklumat Peribadi Khairul Aming, Netizen Gesa Peminat Fanatik Disaman

by Nurul A.
July 21, 2026

Usahawan Khairul Aming, atau mesra disapa sebagai KA, sekali lagi menjadi perhatian ramai kerana seorang wanita didakwa peminat fanatiknya telah...

Read moreDetails
Maamor Jantan
Spotlight

Maamor Jantan Bawakan Keunggulan Seni Cat Air ke Janda Baik

by Nurul A.
August 12, 2026

Seniman cat air tersohor Malaysia, Maamor Jantan bakal mempersembahkan koleksi cat air terbarunya, Interaksi Alam menerusi sebuah pameran yang akan...

Read moreDetails
Foto - @nadiyah.shahab (IG)
Spotlight

Nadiyah Shahab Perjelas Dakwaan Pegang Haiwan Berupa Serigala- “I Dah Sertu”

by Nurul A.
August 10, 2026

Baru-baru ini pelakon Nadiyah Shahab menjadi perhatian ramai selepas berkongsi gambar bersama beberapa ekor haiwan yang didakwa serigala. Menerusi perkongsiannya...

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi_112 (Threads)
Spotlight

Netizen Dakwa Kena ‘Game’ Dengan Abby Abadi?- “Saya Tak Gaduh Dengan Anak Saya”

by Nurul A.
July 9, 2026

Pelakon Abby Abadi sekali lagi menjadi tumpuan umum apabila Instagram Stories anak keduanya, Marissa Dania Hakim memaparkan dua beranak itu...

Read moreDetails
Jurang Takdirku Ku Faiz
Spotlight

Ku Faiz Muncul Dengan Single Debut “Jurang Takdirku”

by Nurul A.
August 19, 2026

Industri muzik tempatan bakal menyambut kemunculan seorang bakat baharu menerusi pelancaran single debut berjudul “Jurang Takdirku”, nyanyian Ku Faiz. Sarat...

Read moreDetails
Foto - @norreen143 (IG)
Spotlight

“Boleh Hidup Bahagia & Abai Anak”- Norreen Iman Marah Bekas Suami?

by Nurul A.
July 27, 2026

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman kembali mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran berkaitan provokasi dan tanggungjawab seorang bapa di platform...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara