Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[TEMUBUAL EKSKLUSIF] Suara Lunak Irfan Syahmi Dapat Permintaan Jadi Bilal

Dalam video tersebut kelihatan Tan Sri Noh Omar yang turut bersama-sama Syahmi sebagai jemaah solat.

by Khai Azfar
April 26, 2021
Share on Facebook

Penyanyi baharu yang semakin mencipta nama, Syahmi Irfan baru-baru ini berkongsi sebuah rakaman video yang dimuatnaik di laman Insta-Story nya.

Jadi Bilal Keluarga Noh Omar 

Dalam beberapa video tersebut, kedengaran suara lunak Syahmi atau nama sebenarnya Muhammad Syahmi Irfan bin Mohd Nadzri,20 mengalunkan selawat dan Azan sebelum mendirikan solat terawih. Menariknya lagi, dalam video tersebut kelihatan Tan Sri Noh Omar yang turut bersama-sama Syahmi sebagai jemaah solat.

Sedapnya suara Syahmi Irfan ni! Sejuk je dengar! Patutlah @IndigitalMusic ambil as talent ? pic.twitter.com/AlOSb4SI2L

— Murai MY (@MuraiMalaysia) April 26, 2021

Menjelaskan mengenai video tersebut, menurut pelantun Mungkir ini, ketika itu dia telah dijemput oleh keluarga ahli politik berkenaan untuk menjadi bilal solat terawih di kediaman mereka berikutan kelunakan suaranya.

“Sebenarnya masa itu saya dijemput menjadi bilal oleh keluarga Puan Sri(Isteri Noh Omar). Kebetulan kami tinggal berjiran jadi memang sudah saling mengenali. Sebelum ini pun, saya jadi bilal di surau mungkin dari situ ada yang inginkan saya jadi bilal di rumah mereka pula”

“Dia cakap suara saya sedap” dedah Syahmi

Dilatih Sejak Kecil

Ketika ditanya mengenai persepsi peminat melihatkan Syahmi mungkin ke arah Islamik, jelas penyanyi yang bernaung di bawah Indigital Music ini dia sememangnya telah dilatih bab keagamaan dari kecil lagi. Tidak melihat sebagai satu batasan, malah jelas Syahmi dia lebih beranggapan ia sebagai satu kewajiban.

“Saya dilatih sejak kecil lagi oleh ayah dan datuk mengenai bab-bab agama. Saya ambil benda-benda ini sebagai pengetahuan dan praktikkannya”

“Malah ketika ramai yang tanya saya berminat tak untuk bawa lagu-lagu kerohanian. Saya tidak menolak untuk bawakannya. Mungkin jika ada rezeki pada tahun hadapan kerana tahun ini saya sibuk sedikit dengan promosi lagu baharu” katanya lagi

Tahun Pertama Sebagai Penyanyi 

via Instagram Syahmi Irfan

Dalam perkembangan lain, Ramadan kali ini Syahmi akui jadual dan kehidupannya agak sedikit berubah setelah bergelar penyanyi. Selain dengan promosi lagu, pelajar Diploma Sains Sukan Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) ini juga terikat dengan jadual kuliahnya.

“Sepanjang bulan puasa ini, kebanyakkannya saya terlibat dengan promosi lagu selepas itu kelas pun tidak dilupakan yang ketika ini dijalankan secara atas talian. Jadi saya memang fokus kepada kedua-dua ini” kongsinya

Sebagai info, single pertamanya berjudul Mungkir telah dipilih sebagai lagu runut kepada drama Perempuan Tanpa Dosa serta drama Angkara yang sebelum ini sedang ditayangkan di Astro Prima.

Untuk rekod,Syahmi pernah aktif dalam sukan badminton dan merupakan atlet negara sebelum menceburi bidang nyanyian. Bagaimanapun, difahamkan dia sudah berundur dari skuad badminton negara berikutan mengalami kecederaan di bahagian pinggang.

Syahmi Irfan
https://lomp.at/y8k0q
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara