Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Terbang Ke New York Sendirian, Jaclyn Victor Hadiahkan “Kembalilah” Untuk Peminat

by Aphit J.
June 3, 2023
Share on Facebook

Jaclyn Victor yang terserlah dengan vokalnya yang mantap dan padu, kini muncul dengan single terbaharunya iaitu ‘KEMBALILAH’.

Ditujukan Khas Buat Peminat

via Rag Doll Records

Lagu istimewa ini ditujukan khas buat peminat setianya yang sentiasa memberi sokongan sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Jaclyn begitu teruja apabila dilamar oleh komposer dan penulis lirik kreatif iaitu Gerald Sellan dan Adrian Puan. Kedua-dua mereka ni berada di New York dan Jacklyn terus terbang ke sana untuk merealisasikan impiannya.

Semasa proses pembikinan di dalam studio dan menghafal lirik, Jacklyn terus jatuh cinta dengan lagu tersebut.

Mempunyai Meseh Yang Kuat

Lagu ‘KEMBALILAH’ ini mempunyai mesej yang kuat iaitu menyentuh tentang iman, harapan, cinta abadi, peluang kedua dan juga kelahiran semula (faith, hope, everlasting love, second chances and re-birth).

‘Kembalilah’ merupakan lagu single pertama hasil Jaclyn sendiri setelah hampir 20 tahun berkecimpung di dalam bidang seni.

Inilah salah satu daripada impian Jaclyn ketika mula-mula menjejakkan kaki ke dalam persada muzik. Ini merupakan kejayaan terbesar buat dirinya kerana berjaya menghasilkan lagu single pertamanya di bawah naungan syarikatnya sendiri iaitu Rag Doll Records!

Terbang Ke New York

via Rag Doll Records

Bermula dari pemilihan lagu, terbang ke New York seorang diri untuk membuat rakaman di studio sahabat baiknya Adrian dan Gerald, perancangan promosi sehinggalah ianya berkumandang di corong-corong radio serta di platform digital. Semuanya adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Topik Berkaitan Jaclyn Victor & Vanessa Reynauld Bakal Berentap Di Singer 2026-Malaysia

‘KEMBALILAH’ lagu bergenre pop ballad edaran Believe ini telah dilancarkan di semua platform digital serentak pada 26 Mei 2023 lalu.

Lirik muzik video ‘KEMBALILAH’ juga sudah boleh ditonton di laman YouTube, https://www.youtube.com/@Jaclyn_Victor dan muzik video rasmi pula pada Jumaat ini, 2 Jun 2023

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
jaclyn victor
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KLIMS 2026
Musik

Minggu Akhir KLIMS 2026 Bakal Dimeriahkan Dengan Ella, Lah Ahmad & Anuar Zain!

by Nurul A.
June 16, 2026

Memasuki minggu terakhir, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 akan dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung hingga komuniti kreatif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  5. 5

    Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara