Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn Beckham.
Bekas ahli kumpulan Spice Girls itu dikatakan meminta pertolongan penyanyi Elton John, dengan harapan keretakan hubungan kekeluargaan dapat dipulihkan selepas bertemu Brooklyn dan Nicola Peltz-Beckham dalam satu majlis mewah.
Berdasarkan sumber orang dalam, Elton menjemput Brooklyn dan Nicola ke parti Oscar pada tahun ini, di mana pasangan muda itu boleh beramah mesra dengan golongan elit Hollywood. Selain daripada itu, Elton juga mempunyai motif tersembunyi dalam mengadakan majlis tersebut.
Beberapa sumber mengatakan Elton mahu membantu memperbaiki hubungan yang retak antara Brooklyn dan ibu bapanya, iaitu Victoria dan David Beckham.
“Elton sangat mengambil berat tentang mereka semua. Dia melihat dirinya sebagai seseorang yang boleh menyatukan semula orang ramai, atau sekurang-kurangnya membuka pintu kepada perkara itu berlaku,”
“Elton menghubungi Victoria sebelum acara itu. Dia mahu memastikan Victoria selesa dengan kehadiran Brooklyn dan Nicola. Dia (Victoria) bersetuju kerana dia tidak mahu kelihatan seperti dia menyekat sebarang peluang untuk keadaan bertambah baik.”
Untuk rekod, perbalahan antara Brooklyn dan ibu bapanya terjadi sekitar majlis perkahwinannya dengan Nicola pada tahun 2022. Hubungan mereka menjadi lebih retak apabila Brooklyn memutuskan untuk tidak sertai sambutan hari lahir dan majlis darjah kebesaran bapanya.






