Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

“Teringin Nak Ziarah Pusara Mak & Ayah Kat Sana”- Alif Terharu Terpilih Untuk ‘Umrah 1,000 Asnaf’

by Phic ARMAN
July 15, 2025
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi Muhammad Alif Ajmal, 35, dari Kampung Pandan, berita bahawa dirinya terpilih untuk menunaikan umrah melalui kempen Umrah 1,000 Asnaf anjuran Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) bukan sekadar hadiah,  tetapi doa yang selama ini dipendam, akhirnya dimakbulkan.

Doa Seorang Anak Untuk Ziarah Pusara Mak Ayah

Alif merupakan salah seorang daripada 15 individu asnaf yang terpilih daripada ribuan calon setelah melalui proses saringan teliti. Dalam nada sebak ketika ditemubual Murai, Alif membuka cerita yang selama ini terpendam dalam hatinya.

“Mak dan ayah saya meninggal dunia di Makkah. Ayah bekerja di sana, mak pula selepas bersara jadi cikgu ikut temankan ayah. Kami adik-beradik tinggal di sini. Tahun 2018 mak pergi dulu, kemudian 2022 ayah pula menyusul sebab serangan jantung. Sejak tu, saya selalu doa supaya dapat ke sana. Kalau bukan untuk diri sendiri pun, sekadar nak tengok kubur mereka, nak ziarah…”

Walaupun menyimpan niat itu setiap hari, keadaan hidupnya tidak memungkinkan dia mampu menanggung kos perjalanan ke Tanah Suci. Namun suatu hari, dia terlihat satu pautan kempen umrah tajaan untuk asnaf oleh ikhlas.com.

“Saya isi je borang tu. Dalam hati, saya cakap, kalau Allah nak saya pergi, mesti Dia permudahkan. Tapi saya tak letak harapan tinggi, saya cuma cuba nasib. Lepas dua bulan, pihak ikhlas.com call, ajak jumpa, temuduga… masa tu mereka cakap saya dah masuk senarai. Saya terus terdiam. Rasa tak sangka….”

Ketika ditanya perasaan sekarang, Alif hanya mampu menghela nafas panjang, suaranya bergetar.

“Kalau tanya perasaan… saya pun tak tahu nak cakap. Terharu sangat. Rasa diri ni kecil, tapi Allah tetap pilih saya. Teruja, tak sabar, semua bercampur. Sampai sekarang saya masih macam tak percaya.”

Alif juga menzahirkan penghargaan kepada pihak ikhlas.com kerana memberi peluang yang begitu besar buat insan sepertinya.

“Bukan semua orang mampu sampai sana. Tapi rupanya kalau Allah dah jemput, Dia akan buka jalan. Program ni sangat mulia. Terima kasih pada semua yang terlibat. Semoga Allah balas dengan kebaikan buat semua yang membantu kami. Dapat jejak kaki ke Tanah Suci, tanpa keluar apa-apa kos pun… itu satu nikmat yang tak terucap.”

Beliau turut memuji usaha dan layanan pasukan ikhlas.com yang menurutnya sangat prihatin dan cekap menguruskan setiap keperluan para jemaah.

“Team ikhlas.com memang luar biasa. Dari hari pertama sampai sekarang, mereka sentiasa ingatkan, bantu, pastikan semuanya lancar. Rasa sangat dihargai. Allah hantarkan orang baik-baik untuk bantu saya.”

Misi Membantu Golongan Asnaf Jejak Tanah Suci

Kempen Umrah 1,000 Asnaf ini memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk menunaikan ibadah umrah, lengkap dengan tajaan penuh termasuk pasport, visa, vaksinasi, penerbangan pergi balik AirAsia dan pakej umrah yang selesa.

[VIDEO] Rezeki Tak Disangka! 1,000 Asnaf Akan Ditaja Tunai Umrah

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata pihaknya kini sedang menyusun jadual pelepasan seterusnya.

“Kami sedang mengatur jadual keberangkatan untuk kira-kira 200 jemaah asnaf untuk pelepasan seterusnya dan menjangkakan sejumlah 1,000 asnaf dapat mencapai impian mereka mengerjakan umrah sebelum berakhirnya musim Umrah 1447H tahun depan,” jelasnya.

Beliau turut menyeru lebih ramai pihak tampil membantu.

“Kami menjemput badan korporat yang ingin menyumbang kepada inisiatif Umrah 1,000 Asnaf agar berhubung terus dengan kami. Semoga kita semua dapat bersama-sama menghantar lebih ramai lagi golongan asnaf ke Tanah Suci pada musim umrah berikutnya, insyaAllah.”

Orang ramai masih boleh mengemukakan pencalonan melalui pautan ini, sebelum pihak ikhlas.com menjalankan saringan dan menyenarai pendek calon penerima tajaan.

Untuk makluman, ikhlas.com dilancarkan semasa pandemik pada Oktober 2020 sebagai platform gaya hidup dan kembara mesra Muslim, yang memudahkan umat Islam menunaikan tuntutan agama termasuk umrah, zakat, sadaqah, aqiqah, fidyah, qurban dan banyak lagi dengan mudah.

Semoga perjalanan Alif dan semua jemaah lain dipermudahkan, diberkati, dan mendapat umrah yang mabrur.

IkhlasIkhlas KamarudinIkhlas.com
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem