Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Terjawab Sudah, Pengiran Mateen Dedah Penyebab Kemangkatan Pengiran Azim

by Phic ARMAN
October 27, 2020
371
KONGSIAN
Share on Facebook

Akhirnya punca kemangkatan Pengiran Abdul Azim pada hari 24 Oktober yang lalu terjawab. Menerusi sebuah muatnaik terbaru dari Pengiran Muda Abdul Mateen atau Prince Mateen di Instagram sebentar tadi, Mateen telah menjelaskannya secara terperinci.

“Pada awal tahun ini, kekanda saya didiagnosis dengan vaskulitis sistemik yang teruk, yang merupakan penyakit autoimun. Penyakit autoimun adalah keadaan sistem imun yang tidak normal di mana antibodi menyerang tisu badannya sendiri.”

“Pada masa yang sama, dia juga menghidapi gangguan bipolar (bipolar disorder) yang membuat dia sukar untuk melawannya. Akhirnya, kekanda saya mengalami kegagalan organ yang disebabkan oleh jangkitan berterusan, kerana penyakit autoimun, dan menjadi penyebab kematiannya pada pagi 24 Oktober 2020 yang lalu . Kami ingin berkongsi maklumat mengenai penyakit-penyakit ini kerana saya tahu inilah yang dimahukan oleh kekanda saya.”

Sementara itu, Mateen turut mengenang kembali kenangan manis bersama kekandanya yang tak akan dilupakan.

“Saya menghabiskan setiap hari sepanjang zaman kanak-kanak saya dengan kekanda saya. Dia banyak mengajar saya dan menjadikan saya siapa saya hari ini, dan kerana itu  saya sentiasa bersyukur.”- tambahnya lagi.

Mateen turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan takziah di atas pemergian kekandanya dan akui sangat merindui Allahyarham.

“Terima kasih semua atas ucapan takziah anda dan kerana terus mendoakan Pengiran Azim. Kami ok. Kami hanya merindui dia. Sehingga kita bertemu lagi bang!”

Foto: Instagram @tmski 

Pemergian Pengiran Muda Haji Abdul Azim pada usia 38 tahun begitu mengejutkan seluruh rakyat Brunei. Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bruneimateenPengiran Abdul AzimPengiran Muda Abdul AzimPengiran Muda Abdul Mateen
Share368Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara