Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Terkandas 2 Jam Ditengah Hutan, Penumpang Tag CEO KTMB Di Twitter

by Puteri Alia
June 7, 2022
via Twitter

via Twitter

488
KONGSIAN
Share on Facebook

Nasib pengguna yang menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada pagi hari ini, dihujani dengan keluhan dan rungutan terhadap syarikat pengangkutan awam tersebut di laman Twitter.

2 Jam Terkandas

Menerusi ciapan milik seorang pemilik Twitter ini, individu berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat pengangkutan awam itu dengan mendedahkan bahawa lebih kurang dua jam komuter yang dinaiki terkandas .

“Kehadapan CEO @ktm_berhad, dah dua jam kami dalam komuter rosak ni. Sekian terima kasih.” Ciapnya

Terpaksa Bayar Tambang Lebih

Sudahlah terkandas dan lewat sampai ke destinasi, pemilik Twitter ini juga mendedahkan dia terpaksa membayar tambang perjalanan lebih dari harga yang sepatutnya kerana tempoh masa menaiki komuter tersebut melebihi lima jam.

“Cuma tak sedapnya, kena cas lebih dari sepatutnya (kad KTM). Tanya kakak kaunter, sebab dah lebih 5 jam (naik dari Seremban 8.21 pagi)” Ciapnya lagi

via Twitter

Netizen Pertikai Perkhidmatan KTM

Melihat ciapan pemilik Twitter berkenaan, ramai yang turut berkongsi pandangan dan komen tentang servis serta mempertikaikan pihak KTM sering mengalami masalah yang sama dari dulu sehingga sekarang.

“Semalam pergi Perlis pun tiket delay sebab komuter rosak.. Pergi balik sama je kena delay”

“Masa rakyat memang untuk dihabiskan begini ke?”

“Boleh claim ke masa terbuang? Macam saman ke, in case orang-orang yang tersangkut tu kena buang kerja ke, kena denda ke.. Boleh ke eh? Ni soalan nak tahu je sebab pernah stuck tapi tak adalah tengah hutan.” Komen netizen

via Twitter

“Suruh CEO turun padang, tengok perkhidmatan dari dulu masalah”

“KTMB tiada pelan kontijensi dalam operasi standard mereka ke. Tiada latihan simulasi kecemasan ke. Maka apa tahap keselamatan penumpang. Apa tahap keyakinan terhadap syarikat.”

“Aku naik komuter dari Tampin ke Batu Caves pun sangkut. Sangkut 2.5 jam, baru sampai KL Sentral.. Dah bertahun-tahun terjadi perkara macam ni, masih tak berubah..” Komen mereka

Untuk rekod, pihak KTMB telah memohon maaf kepada pengguna Twitter tersebut atas masalah teknikal yang dihadapi menerusi ciapan di media sosial.

Sangkut 3 Jam, Gelagat Penumpang Tren Turun Masuk Semak Curi Perhatian- "Tiba Join Kem Jati Diri"

Bertahun-tahun masalah komuter delay dan rosak berlaku, jika hendak rakyat aktif naik pengangkutan awam servis yang diberikan perlulah terbaik tanpa masalah sama berulang. Apa pandangan anda?

KTM RosakKTMB
Share195Tweet122SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem