Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Teroka Kellie’s Castle Batu Gajah – Istana Bersejarah Yang ‘Tak Sempat Siap’ & Penuh Misteri

by Farah Fatihah
January 1, 2026
via @Tripadvisor

via @Tripadvisor

14
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau bercuti ke Perak, satu lokasi bersejarah yang wajib masuk dalam senarai ialah Kellie’s Castle di Batu Gajah. Terletak di atas bukit dan menghadap Sungai Raya, istana ini dibina pada tahun 1915 oleh seorang pengusaha Scotland, William Kellie-Smith. Malah, Kellie’s Castle juga menjadi salah satu lokasi penggambaran filem terkenal Anna and The King pada tahun 1999 yang menampilkan Jodie Foster dan Chow Yun-fat.

Kellie’s Castle pada asalnya dirancang mempunyai enam tingkat, lift pertama di Tanah Melayu, terowong rahsia, padang tenis, dan ruang atas bumbung untuk hiburan. Namun, semuanya tidak sempat disiapkan.

Sejarah William Kellie-Smith

William Kellie-Smith lahir pada 1870 di kampung Kellas, Scotland. Pada 1890, ketika berusia 20 tahun, beliau datang ke Tanah Melayu untuk kerja dengan firma jurutera, Charles Alma Baker. Lama-kelamaan, beliau ceburi perniagaan ladang getah dan lombong bijih timah, dan berjaya kumpul kekayaan.

Pada 1903, beliau membawa isteri tercinta, Agnes, ke Tanah Melayu. Mereka dikurniakan dua anak, Helen dan Anthony. Untuk membina istana impian, pekerja dibawa khas dari India manakala bata dan marmar diimport terus. Malangnya, Kellie-Smith meninggal dunia akibat pneumonia di Lisbon pada 1926, menyebabkan pembinaan tergendala. Agnes kemudiannya menjual istana kepada syarikat British, Harrisons and Crosfield, dan bangunan itu ditinggalkan. Kini, ia menjadi salah satu lokasi bersejarah popular di Batu Gajah.

Keunikan Seni Bina

via @Tripadvisor

Kellie’s Castle menggabungkan beberapa gaya seni bina, Moorish, Indo-Saracenic dan Roman. Istana ini menampilkan lengkungan berbentuk tapal kuda, jubin dan bata yang cantik, serta siling dengan corak plaster yang rumit. Pengunjung juga boleh naik ke bumbung dan menikmati pemandangan indah kawasan sekeliling. Walaupun ada desas-desus tentang penampakan hantu, tak dapat dinafikan keindahan struktur dan seni bina istana ini tetap memukau setiap pengunjung.

Kellas House dan Kuil Ladang

Selain Kellie’s Castle, William Kellie-Smith juga membina rumah keluarga bernama Kellas House pada tahun 1910. Rumah tiga tingkat ini dibina mengikut gaya istana India dengan 14 bilik, terowong rahsia dan lift pertama di Tanah Melayu. Pada masa itu, akhbar London Financier pernah menyiarkan berita mengenai rumah ini dan menyifatkannya sebagai antara rumah paling unik di Timur Jauh.

Selepas wabak Spanish Flu menyerang pekerja ladang, Kellie-Smith membina sebuah kuil Hindu berhampiran ladang supaya pekerja boleh mendoakan keselamatan mereka. Kuil ini masih digunakan sehingga kini dan menarik perhatian kerana barisan patung dewa Hindu dan patung pengurus ladang Eropah di tengahnya.

Waktu Lawatan & Tiket

Istana ini dibuka kepada pengunjung setiap hari dari 9:00 pagi – 6:00 petang. Tiket masuk adalah seperti berikut:

via @majlisdaerahbatugajah

Walaupun pembinaan Kellie’s Castle tidak sempurna, keunikannya tetap menjadi tarikan pelancong ke Batu Gajah. Dari seni bina yang mengagumkan hingga sejarah menarik di sebalik istana, tempat ini memang sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar, menapak, dan menikmati keindahan sejarah Tanah Melayu.

BatuGajahKelliesCastleSejarahMalaysiaTempatMenarikTravelPerak
https://lomp.at/gn0d6
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Gambar: Facebook @The Tiny Lake
LifeXplore

Kafe Panda Di Tengah Tasik? Ini Sebab The Tiny Lake (SENAI) Jadi Port “Healing” Ramai Orang

by Farah Fatihah
February 18, 2026

Kalau kalian sukakan tempat yang tenang, comel dan sesuai untuk lepas penat dari rutin harian, sebuah kafe bertema panda di...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara