Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Terpaksa ‘Ikat Perut’, Eric Fuzi Belum Terima Bayaran Hutang Sebanyak RM51K- “Minggu Ni Auto Diet”

by Nurul A.
December 17, 2025
Foto - @ericfuzi_f88 (IG)

Foto - @ericfuzi_f88 (IG)

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Itulah realiti sebenar apabila menjadi pemiutang.

Jujur MURAI katakan, sebagai pemiutang, memang agak rumit untuk kita dapatkan semula wang yang dipinjamkan. Jika mendapat penghutang yang senang untuk membayarnya semula, memang bersyukur sangat. Jika dapat yang ‘liat’ membayar, memang boleh bawa kemudaratan kepada kita.

Sama seperti anggota kumpulan Floor 88, Eric Fauzi hadapi, situasi tersebut membuatkan dia terpaksa ‘ikat perut’ kerana individu berhutang dengannya belum membuat bayaran. Luahan hatinya di platform Threads itu telah mencuri perhatian ramai.

View this post on Instagram

Mendedahkan keadaan kewangan terkini, Eric memaklumkan bahawa baki akaunnya kini berjumlah RM125.65 dan jumlah keseluruhan individu berhutang dengannya telah mencecah jumlah RM51000.

Luah Eric, atau nama sebenarnya Muhamed Eric bin Muhamed Fuzi, individu yang berhutang dengannya sering memberi pelbagai alasan untuk menunda pembayaran.

“Jumlah baki orang hutang kita RM51K. Jumlah duit dalam akaun sekarang RM125.65. Bayaran seterusnya masuk, “Minggu hadapan/ sedang proses/ japgi malam aku roger kau/ seen/ tak angkat telefon”.”

View this post on Instagram

Kesal dengan sikap penghutang, Eric memberitahu dia terpaksa mengikat perut untuk bertahan dengan jumlah duit dalam akaun simpanannya itu.

“Okey lah minggu ni auto diet. Ya Allah, permudahkan lah segala urusan hambamu yang kecil ini walaupun badan dia besar.”

View this post on Instagram

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan Eric Fuzi dipermudahkan dan penghutang terbuka hati untuk membayar hutang-hutang mereka walaupun dalam jumlah ansuran.

“Dimudahkan urusan. InshaAllah 2026 dilimpahkan rezeki yang tidak disangka.”

“Aamiin. Semoga orang yang hutang tu lembut hati nak bayar walaupun sikit-sikit.”

“Semoga dalam akaun simpanan @ericfuzi_f88 akan bertambah 000 setelah angka 65 itu. Semoga dimudahkan juga segala urusannya. Aamiin.”

Malah ada juga yang berkongsi mereka juga menghadapi perkara yang sama seperti Eric Fuzi dan terpaksa menagih semula wang dipinjamkan daripada penghutang.

MURAI doakan agar Eric Fuzi dan semua yang menghadapi situasi yang sama dipermudahkan urusan dan mendapat rezeki melimpah ruah.

"Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya..."-Aisha Retno
eric fuzieric fuzi floor 88Floor 88muhamed eric
https://lomp.at/teuno
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara