Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Terpaling Memukau Dalam Cartier, Intai Penampilan Deepika Padukone Di Oscar 2023

by Soph Azz
March 14, 2023
Foto - The Indian Express

Foto - The Indian Express

Share on Facebook

Anugerah Oscar ke-95 yang berlangsung semalam (13 Mac 2023) menandakan aktres Bollywood; Deepika Padukone menjejakkan kakinya buat pertama kali di atas karpet anugerah tersebut.

Selain menjadi tetamu di majlis berprestij itu, Deepika juga adalah antara penyampai di Oscar bersama-sama dengan beberapa selebriti lain seperti Dwayne Johnsone, Emily Blunt, Michael B. Jordan, Riz Ahmed dan ramai lagi.

Sekadar info, Deepika adalah selebriti Bollywood ketiga yang dipilih untuk menyampaikan anugerah di Oscar; selain daripada Persis Khambatta (1980) dan Priyanka Chopra (2016).

Semasa membuat penampilan sulungnya di karpet merah Oscar, Deepika telah menggayakan gaun hitam off-shoulder daripada jenama Louis Vuitton. Membuktikan dirinya sebagai ‘Gadis LV’; gaun hitam tersebut diperbuat daripada kain velvet yang diperincikan dengan bentuk hati di dada dan siluet duyung di bahagian bawah badannya.

Foto- @deepikapadukone (IG) / Vogue

Dan gaunnya itu dipadankan dengan penampilan sarung tangan velvet yang sama warnnya. Bagi melengkapkan penampilan tersebut, Deepika menghiaskan dirinya dengan barang kemas Cartier yang serba berkilau.

Foto – Cartier
  • Cartier Magicien High Jewelry Necklace (Emas putih 18K, berlian putih dan kuning, nilam kuning)
  • Pluie de Cartier Bracelet (Emas putih 18k, berlian) – RM858,636.67

Deepika yang mengelakkan bahagian lehernya nampak kosong; dia telah memilih rantai leher Cartier yang menampilkan berlian kuning yang berbentuk seperti buah pir. Manakala di bahagian tangannya yang bersarung itu pula ditonjolkan dengan pilihan gelang dan dua cincin berlian yang sepadan.

Foto – Cartier
  • Cartier Étincelle Ring (Emas putih 18k, berlian) – RM43,200
  • Reflection de Cartier Ring (Emas putih 18k, berlian) – RM171,244

Psst… Bagi solekannya pula, Deepika mengenakan solekan eyeliner cat wing ala-ala Audrey Hepburn, pipi yang berkontur dan bibir merah jambu matte.

[FOTO] Penampilan Shah Rukh Khan Untuk Filem 'King' Tular, Nampak Kacak Bersut Hitam Sambil Acu Pistol
Foto- @deepikapadukone (IG)

Nampak mewah dan sangat eksklusif kan penampilannya di Oscar?

cartierDeepika Padukonedeepika padukone cartieroscar 2023
https://lomp.at/boj00
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Foto - ATiiSSU
Fesyen

ATiiSSU Tampilkan STRAY KIDS Felix Dalam Filem Kempen

by Nurul A.
April 21, 2026

Jenama fesyen perhiasan kepala, ATiiSSU mendedahkan versi penuh filem kempen pertamanya, <DESERT COWBOY COLLECTION>, yang menampilkan Stray Kids Felix. Terbentang...

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara