Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Terrace @ Boulevard Sunway Pyramid Berwajah Baharu, Syurga Kulinari Untuk Dinikmati Semua

by Aphit J.
July 26, 2025
Share on Facebook

Sunway Pyramid kini memperkenalkan tarikan terbaharu untuk peminat makanan – Terrace @ Boulevard, sebuah hab makanan dan minuman (F&B) tiga tingkat seluas 30,000 kaki persegi yang menjanjikan pengalaman kulinari luar biasa.

Suasana Gaya Hidup Yang Baharu

via Sunway Pyramid

Terletak berhampiran mercu tanda Kepala Singa dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE), lokasi ini mudah diakses dan menjadi tempat menarik untuk menjamu selera, bersantai atau bergambar.

Menurut Jason Chin, Pengurus Besar Kanan Sunway Malls, pembukaan Terrace ini bukan sekadar penambahan tempat makan, tetapi mencipta suasana gaya hidup yang menggabungkan makanan dengan pengalaman visual ikonik.

Dengan lebih 200 pilihan F&B kini di Sunway Pyramid, Terrace memperkukuh kedudukan pusat beli-belah ini sebagai destinasi makanan utama.

Antara tarikan utama ialah Seminyak by Warung Eropa, restoran dua tingkat yang menawarkan hidangan Bali moden seperti Nasi Jinggo Bowls, Batagor Bandung, dan Crispy Duck Pancake.

Lebih 200 Pilihan

via Sunway Pyramid

Bagi penggemar pencuci mulut, Aftermeal Desserts bakal menggoda selera dengan Iron Lady Milk Tea Kakigori dan pelbagai manisan sejuk serta panas.

Come True Café, yang diinspirasikan dari Taiwan, pula menyajikan menu fusion mesra Muslim termasuk Tiramisu Soufflé eksklusif.

Untuk citarasa kampung, Cili Kampung membawa rasa asli dari Langkawi dengan hidangan seperti Masak Lomak Beef, Udang Sambal Petai, dan Asam Pedas Tenggiri.

Naik ke tingkat 3, anda akan menemui Pokok KL, kafe rumah kaca yang menyajikan gabungan sajian Timur dan Barat dengan latar pemandangan Kepala Singa yang mengagumkan – sesuai untuk pencinta Instagram.

Pusat Gastronomi Yang Wajib Dikunjungi

via Sunway Pyramid

Bukan itu sahaja, kawasan Oasis Boulevard turut diberi nafas baharu dan dijenamakan semula sebagai Boulevard, kini menempatkan 19 outlet F&B dengan penataan yang lebih teratur dan menyenangkan untuk diterokai.

Bersempena pembukaan ini, kempen “Makan, Putar & Menang” sedang berlangsung hingga 31 Ogos 2025.

Belanja minimum RM150 dalam dua resit di mana-mana outlet F&B Sunway Pyramid untuk dapat satu pusingan memenangi baucar, dan secara automatik menyertai cabutan bertuah untuk menikmati hidangan percuma selama setahun!

Terrace @ Boulevard bukan sekadar lokasi makan, tetapi destinasi gaya hidup yang menggabungkan rasa, suasana dan keseronokan – menjadikan Sunway Pyramid pusat gastronomi yang wajib dikunjungi.

Untuk maklumat lanjut, layari sunwaypyramid.com atau ikuti @sunway_pyramid di media sosial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sunway pyramidTerrace @ Boulevard
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara