Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Tertipu Dengan Mitos Teknologi! Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu

by Aphit J.
June 14, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Mitos mengenai teknologi tidak asing lagi dalam kalangan kita. Hal ini menyebabkan terbatasnya perlakuan kita terhadap barang teknologi kerana mempercayai mitos yang kita pegang. Berikut adalah 5 mitos mengenai teknologi yang kita silap selama ini menurut FDM Group.

Megapiksel Yang Tinggi Menghasilkan Kualiti Kamera Lebih Baik

via Solution Law

Faktor utama yang mempengaruhi kualiti gambar adalah resolusi megapiksel, kualiti lensa yang digunakan dan kemampuan sensor untuk menangkap cahaya.

Sekiranya anda menggunakan kamera dengan sensor dan lensa berkualiti tinggi tetapi jumlah megapiksel yang rendah, kamera anda akan menghasilkan gambar yang lebih berkualiti tinggi berbanding kamera dengan jumlah megapiksel tinggi tetapi mempunyai sensor dan lensa berkualiti rendah.

Komputer Mac Terhindar Daripada Virus

Via Tech Radar

Menurut FDM Group, komputer Mac pernah dijangkiti oleh virus seperti virus Flashback. Walaupun komputer Mac secara keseluruhan kurang dijangkiti terhadap virus dibandingkan dengan komputer PC, tetapi ia masih boleh dijangkiti.

Oleh itu, sangat penting anda mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan keselamatan peranti dan maklumat supaya dalam keadaan selamat.

Sentiasa Matikan Komputer Pada Waktu Malam

via The Savvy

Semasa komputer pertama kali diperkenalkan, peranti di dalam komputer lebih cepat rosak berbanding hari ini. Pengguna diberitahu untuk mematikan komputer pada waktu malam untuk membantu peranti bertahan lebih lama.

Tidak lagi sekarang kerana peranti dalaman komputer lebih tahan lama dan jika anda ingin menjimatkn elektrik, anda boleh gunakan sleep mode.

Mengecas Semula Peranti Setelah Bateri Habis Sepenuhnya

via Time Travel

Bateri yang digunakan pada zaman sekarang jauh lebih baik daripada zaman dahulu. Pada zaman sekarang, anda tidak perlu untuk menunggu sehingga bateri peranti betul-betul kosong baru mengecas, sebaliknya teknologi sekarang membolehkan anda mengecas dengan cepat dan diisi semula pada bila-bila masa.

Internet Dan Web Adalah Sama

via Analysis

Menurut FDM Group, perlu diingat bahawa internet dan web bukanlah perkataan yang membawa maksud yang sama ataupun sinonim.

Internet berfungsi untuk membolehkan komputer dan rangkaian lain berkomunikasi antara satu sama lain. Sebaliknya, web terdiri daripada semua laman web yang menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat.

Jadi, anda bolehlah membuang mitos yang selama ini anda kira sebagai fakta yang betul. Peralihan zaman menyebabkan teknologi semakin canggih sekaligus memperbaiki kesilapan yang sebelumnya.

fakta salah mengenai teknologifakta teknologikepercayaan teknologi yang salahkesilapan teknologimitos teknologi
https://lomp.at/8pmab
Share10Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara