Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

“Tiada Seorang Wanita Pun Yang Mahu Melamar Saya”- Salman Khan

by Nurul A.
November 4, 2025
Foto - @beingsalmankhan (IG)

Foto - @beingsalmankhan (IG)

Share on Facebook

Bhaijaan Bollywood, Salman Khan disenaraikan sebagai antara lelaki bujang yang paling banyak diperkatakan di India. Maklumlah, pada usia 59 tahun, dia masih lagi bahagia membujang.

Dalam salah temu bualnya, Salman akhirnya mendedahkan sebab dia masih bujang. Dia menjelaskan bahawa ia adalah bukan kerana tidak mahu bekeluarga, tetapi tiada seorang wanita yang ingin melamarnya sebagai suami.

View this post on Instagram

Seperti wataknya dalam filem ‘Bharat’, Salman berharap wujudnya wanita seperti Katrina Kaif di dunia realiti, yang akan memintanya untuk mengahwini mereka. Malangnya, perkara seperti itu tidak akan berlaku dalam kehidupan sebenar pelakon itu.

“Setakat ini, tiada wanita yang melamar saya. Mungkin kerana saya tidak pernah candlelight dinner. Saya tidak tahu apa yang saya makan di bawah cahaya lilin yang malap. Tetapi yang lebih menyedihkan ialah tiada wanita yang mahu mendekati saya.”

View this post on Instagram

Beberapa tahun yang lalu, Salman Khan pernah mendedahkan bahawa dia tidak bercadang untuk menamatkan kehidupan bujangnya dalam masa terdekat. Dia menyatakan bahawa dia tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita. Bagaimanapun, dia mengakui bahawa dia sangat menginginkan anak.

“Masalahnya, ibu dan anak itu satu pakej, kan? Kalau saya mahukan anak, bermakna saya perlukan seorang wanita untuk menjadi ibu.”

View this post on Instagram

Untuk pengetahuan semua, Salman Khan telah dikaitkan secara romantik dengan beberapa selebriti wanita India, termasuk pelakon Sangeeta Bijlani, Aishwarya Rai, Katrina Kaif, Somy Ali dan model Iulia Vantur. Daripada empat orang ini, Sangeeta mungkin merupakan orang yang paling lama menjalin hubungan dengan Salman. Selepas Salman dan Sangeeta berpisah, aktres ini berkahwin dengan pemain kriket Mohammad Azharuddin.

Manakala Salman pula diketahui menjalinkan hubungan dengan Katrina Kaif dan masih kekal rapat sebagai kawan walaupun mereka telah berpisah pada 2010. Selain aktres itu, dia juga diketahui pernah rapat dengan model Romania, Iulia Vantur.

Taksub Dengan Aishwarya, Salman Khan Hentak Kepala Di Dinding Selepas Pisah
aishawarya raiIulia Vanturkatrina kaifsalman khanSangeeta Bijlani
https://lomp.at/7lgqm
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara