• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Tiada Tepukan, Hanya Air Mata Mengalir Di Konsert Tribute Sandra Dianne

by Khai Azfar
September 14, 2020
Share on Facebook

Suasana pilu dan penuh sayu menyelubungi dewan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya apabila pelbagai perkongsian dibuat bagi mengenang perjalanan seni dan kenangan bersama salah seorang peserta Big Stage 2020, Allahyarhamah Sandra Dianne,26 sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat lalu.

Suasana Hiba Di PICC

Konsert minggu kelima yang dijadualkan berlangsung di PICC telah ditukar kepada Konsert Tribute #SandraDalamKenangan. Pelbagai perkongsian suka duka rakan-rakan seperjuangan telah dikongsi termasuk menjemput beberapa penyanyi yang bersahabat baik dengan Allahyarham seperti Neeta, Wani Kayrie dan Sufi Rashid.

Bukan sahaja tiada tepukan sepanjang konsert berlangsung bagi menghormati pemergian Allahyarhamah, malah beberapa klip video dan foto pelantun Hey Kau ini telah dikongsi di skrin besar sekaligus membuatkan kebanyakan mereka yang hadir di PICC mengalirkan air mata.

Alif Dan Sherry Gagal Menahan Sebak 

Buat pertama kalinya juga, penonton dan jemputan di konsert itu menyaksikan pengacara Big Stage 2020, Alif Satar dan Sherry Alhadad gagal menahan perasaan sebak apabila mendengar lagu terbaharu Allahyarhamah Sandra berjudul Tulus telah didendangkan oleh Neeta sendiri.

YouTube video

Trending di laman Twitter, rata-rata peminat dan warganet turut terkesan menonton pelbagai singkapan dalam malam tribute serta mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Membuat persembahan pada malam itu, juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir membuka serta menutup tirai malam #SandraDalamKenangan dengan lagu dendangan masing-masing.

Terdahulu, pada Jumaat 11 September 2020 Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1 pagi setelah beberapa hari bertarung nyawa akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke PICC bagi menjalani latihan konsert minggu keempat. Jenazah Allahyarhamah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah sekitar jam 5.45 petang.

big stage 2020Sandra Diannesandra dianne meninggal dunia
https://lomp.at/a3o08
Share4Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore