• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

“Tiba-Tiba Dia Ada Di Airport”- Produksi Dedah Sisi Seram The Sacred Riana

by Khai Azfar
December 3, 2019
15
KONGSIAN
Share on Facebook

The Sacred Riana sebelum ini mencuri perhatian dunia apabila dinobatkan sebagai pemenang Asia Got Talent 2017 dan diikuti dengan penyertaanya di dalam peringkat suku akhir America Got Talent 2018.

Siapa The Sacred Riana? 

Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani,27 merupakan seorang pakar ilusi dan ahli silap mata terkenal.

Kemunculannya menjadi tumpuan apabila kelihatan cukup misteri dan mempunyai tingkah laku yang agak pelik bersama sebuah boneka yang dikenali sebagai Riani.

Lebih menakutkan dia tidak berbual mahupun mengeluarkan sebarang perkataan yang agak panjang.

Jika mahu mendengar suaranya, Riana akan bersuara jika ditanya soalan yang mahu dijawabnya, namun sekadar hanya beberapa patah perkataan.

Sisi Seram Riana 

Selepas dinobatkan sebagai pemenang, Riana kini muncul dengan filem nya sendiri yang berjudul The Sacred Riana: Beginning yang akan menemui penonton pada 12 Disember ini. Bercakap mengenai kerjasamanya bersama Riana, pengarah filem ini iaitu Billy Christian dia akui punyai pengalaman tersendiri.

Menurut Billy, selama ini ramai yang tertanya bagaimanakah kelakuan Riana di set penggambaran dan adakah dia bersifat seperti normal disebaliknya.

Dedah pengarah dari Indonesia itu, Riana sememangnya berkelakuan seperti sedemikian sepanjang penggambaran berlangsung.

Malah disaat perbincangan bersama dan terdapat keraguan, Riana hanya menunding jari pada skrip atau berbisik pada pengurusnya. Soal pakaian dan pemakanan juga telah diuruskan oleh pengurus dan diatas persetujuan dari Riana sendiri.

Penuh Misteri 

Tidak cukup dengan itu, salah seorang pengurusnya turut mendedahkan tidak tahu di manakah kediaman asal Riana. Bagi setiap perjumpaan termasuklah sewaktu ingin berlepas ke Malaysia, mereka hanya berjanji untuk bertemu di lapangan terbang dan kelihatan Riana sudah berada disana terlebih dahulu.

Tegas pengurusnya, Riana bukanlah seorang bomoh seperti yang didakwa sebaliknya dia adalah seorang ahli silap mata yang mempunyai kelebihannya tersendiri.

“Riana bukan bomoh tetapi dia adalah ahli silap mata. Banyak orang menganggap dia istimewa dan tidak kurang sesuatu, Apa pun dia masih lagi Riana yang kami kenali sebelum ini.  Mengenai Riana, saya sendiri tidak tahu banyak dan apa yang saya tahu dia kini berusia 157 tahun.

Bagaimana penonton melihat Riana, begitu jugalah kami tidak kira di dalam mahupun luar set penggambaran. Kami tidak pernah bertemu Riana memakai pakaian lain mahupun bersolek sama seperti ini. Ketika berbincang mengenai penggambaran, kami hanya nyatakan lokasi dan Riana akan datang ke situ termasuklah di lapangan terbang. Tidak tahu siapa yang bawa, menaiki apa dan bagaimana dia datang secara tiba-tiba dia ada disitu” Dedah pengurusnya.

Riana ditemui Murai MY di sidang media filem The Sacred Riana di TGV One Utama pagi Selasa. Selain Riana, filem fantasi seram ini turut dilakonkan oleh Aura Kasih,Agatha Chelsea, Prabu Revolusi, Citra Prima danFrislly Herlind. 

The Sacred Riana
https://lomp.at/f9td2
Share13Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
Filem

10 Filem Seram Turki Ini Boleh Buatkan Sampai Terbayang Hantu Di Belakang Anda

by Naddy Joe
July 2, 2020

Sebut sahaja filem seram, pelbagai jenis filem seram yang bermain dalam minda. Antaranya, filem seram Thai, filem seram Korea, dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore