• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Tiket Avengers: EndGame Habis Dijual Hanya Dalam Beberapa Jam!

by Khai Azfar
April 3, 2019
Share on Facebook

Malam tadi (Selasa) rata-rata pawagam utama di tanah air telah mengumumkan penjualan tiket filem paling besar tahun ini, Avengers : EndGame selepas sekian lama peminat ternanti-nanti akan tarikh jualannya. Lebih mencetuskan fenomena, Malaysia merupakan antara negara terawal yang akan menayangkan filem ini pada 24 April berbanding Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang akan memulakan tayangan pada 26 April.

Habis Dijual Dalam Beberapa Jam

Sejurus itu, saat pengumuman tersebut dibuat, hasil carian kami pada pawagam-pawagam seperti MBO, TGV dan GSC Cinemas rata-rata tiket filem ini pada hari pertama ditayangkan telah habis dijual! Malah kebanyakan pawagam tiket-tiket tersebut turut ‘full house’ hanya dalam beberapa jam sahaja sebaik diumumkan.

Namun begitu, seperti tahun sebelum ini, kebanyakkannya juga akan membuka beberapa ‘hall’ memandangkan filem ini diklasifikasikan sebagai ‘box-office’. Tambahan pula, carian ini hanya meliputi pada hari pertama tayangan dibuka. Sumber terbaharu menyatakan bahawa tiket jualan awal filem secara keseluruhannya  telah memecah rekod antarabangsa sebagai “first 24 hours” record  dalam masa enam jam.

Durasi Avengers : EndGame Diumumkan 

Dalam perkembangan lain, selain dari trailer terbaharu telah dipertontonkan, durasi EndGame turut diumumkan.

View this post on Instagram

A post shared by Marvel Entertainment (@marvel)

Menepati ramalan sebelum ini, pihak Marvel telah mengesahkan bahawa siri Avengers kali ini berdurasi selama 3 Jam 2 minit sekaligus menyaksikan Avengers : EndGame merupakan filem paling lama pernah ditayangkan dalam sejarah perfileman Marvel. Untuk anda yang bakal menyaksikan filem ini dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, pastikan anda ‘bersiap sedia’ dahulu sebelum memasuki pawagam kerana kami pasti anda tidak akan mahu melepaskan setiap saat babak di dalam filem ini. Avengers Assemble! 

Avengers : End Game
https://lomp.at/a6sr8
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

Inilah Wajah Sebenar Suara Di Sebalik Watak Filem BoboiBoy Movie 2

by Khai Azfar
August 22, 2019

Tidak lama lagi atau ketika artikel ini sedang ditulis barangkali filem animasi BoboiBoy Movie 2 telah mencatat rekod sebagai filem...

Read moreDetails
Filem

4 Pelakon Terbaik Berjaya Bawa Watak OKU Dalam Drama !

by Khai Azfar
June 16, 2019

Tidak dinafikan, kewujudan pelakon-pelakon yang membawa watak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sesebuah drama berjaya mempengaruhi jalan cerita dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore