Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Laris Macam Pisang Goreng! Tiket Bas, Kapal Terbang Musim Mengundi Habis Dijual?

by Haz Haan
November 1, 2022
Share on Facebook

Rata-rata rakyat Malaysia tidak sabar untuk pulang mengundi setelah pengumuman tarikh pilihan raya diumumkan iaitu pada 19 November 2022 hari Sabtu. Sehubungan itu, perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, tren dan juga kapal terbang menjadi sambutan hangat menyebabkan penjualan tiket laku keras.

Namun, terdapat pengangkutan awam yang telah menambah sektor pengangkutannya untuk membantu rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman. Dapat dilihat , Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perkhidmatan tren khas Keluarga Malaysia ke Pantai Timur, serta lapan perkhidmatan tren elektrik (ETS) akan ditambah sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula 18 November hingga 20 November 2022.

Dengan menawarkan 716 tiket untuk perkhidmatan tren khas dan 2,520 tiket bagi perkhidmatan tren ETS, manakala penjualan tiket akan dibuka mulai Selasa pada jam 2 petang.

Via KTMB

Tetapi bagi kapal terbang dan juga bas masih lagi dalam pertimbangan oleh pihak tersebut. Namun dari segi harga tiket masih lagi dikekalkan tiada penawaran dalam harga tiket. Hal ini akan memebri impak kepada rakyat-rakyat yang ingin ke sabah dan sarawak atau pulang ke semenanjung dek kerana harga tiket yang terlalu tinggi.

Bagi pelajar IPT pula, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan diberikan pelepasan untuk mengundi sempena PRU-15. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju supaya semua IPT membenarkan pelajar mereka untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing selama lima hari.

“Tarikh pelepasan adalah dari 17 hingga 21 November ini bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke atau dari lokasi mengundi. Semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain,” katanya .

Sehubungan itu, rancanglah perjalanan anda dengan sebaik mungkin agar selamat pergi dan selamat pulang. Marilah sama-sama kita menjalankan tanggungjawab kepada negara untuk mengundi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
basjom mengundiTiket
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara