Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update #ApaPlan

Tiket Konsert Deep Purple Laku Keras, Penganjur Tambah Seat!

by Phic ARMAN
October 31, 2025
Share on Facebook

Nampaknya aura legenda Deep Purple masih belum pudar! Tiket konsert Deep Purple Live in Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi telah laku keras, sehingga pihak penganjur terpaksa menambah tempat duduk baharu bagi menampung permintaan luar biasa daripada para peminat.

Menurut kenyataan rasmi, kategori tiket tempat duduk yang sebelum ini sudah habis dijual kini telah diperluas, dan tiket tambahan rasmi mula dijual hari ini. Ini memberi peluang kepada peminat yang terlepas pembelian awal untuk turut sama menyaksikan persembahan istimewa ini.

Lebih menarik, konsert ini merupakan satu-satunya persembahan Deep Purple di seluruh Asia Tenggara  dan akan berlangsung untuk satu malam sahaja. Selepas 15 tahun tidak muncul di Malaysia, kumpulan rock lagenda ini akhirnya kembali dengan persembahan penuh tenaga dan nostalgia yang pasti mengimbau kenangan zaman kegemilangan mereka.

Konsert Deep Purple Live in Malaysia dijangka menjadi malam yang epik, penuh dengan alunan gitar klasik, vokal mantap dan semangat rock sebenar yang telah menjadikan nama mereka kekal di puncak selama berdekad.

YouTube video

Sedikit imbasan,  Deep Purple ditubuhkan pada tahun 1968 di England, dan dianggap antara perintis utama muzik hard rock serta heavy metal bersama kumpulan seperti Led Zeppelin dan Black Sabbath. Mereka terkenal dengan lagu-lagu ikonik seperti “Smoke on the Water”, “Highway Star” dan “Child in Time” yang masih kekal segar hingga kini. Dengan sejarah lebih 50 tahun dalam industri, Deep Purple bukan sekadar legenda mereka adalah simbol ketahanan dan semangat muzik yang tidak pernah mati.

Bagi peminat muzik rock sejati, inilah peluang keemasan mungkin juga peluang terakhir untuk menyaksikan Deep Purple beraksi secara langsung di pentas Malaysia.

Sebuah persembahan yang pasti menggegarkan pentas dan menghidupkan semula semangat rock klasik yang tidak pernah mati.

Deep Purple
https://lomp.at/mri5t
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
#ApaPlan

Raikan Hari Kekasih Yang Memukau Di Marini’s Group

by Naddy Joe
February 14, 2026

Alami malam yang sempurna bersana The Marini's Group pada Hari Kekasih ini. Nikmati makan malam istimewa bersama kekasih sambil menikmati...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara