Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Tiket Masuk & Penginapan Hotel Sunway Lost World Tambun Cuma RM299!

by Khai Azfar
July 8, 2020
Share on Facebook

Merancakkan pembukaan semula taman tema, pihak Sunway Lost World of Tambun (LOWT) telah mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung mereka ke taman tema yang terletak di Ipoh,Perak ini dengan mengadakan promosi yang begitu murah!

Promosi RM299 Untuk Dua Orang

Bermula 4 Julai 2020 hingga 31 Julai 2021, pengunjung boleh masuk ke LOWT dengan harga pakej RM299. Harga ini bukan sahaja termasuk dua pas masuk ke taman tema, malah ianya merangkumi dua pas ‘Night Park’, penginapan di Hotel Lost World serta sarapan pagi untuk dua orang di Garden Terrace.

Namun, perlu diingatkan untuk melayakkan anda menerima harga pakej ini, pembelian haruslah dibuat menerusi laman web mereka bermula pada 6 Julai hingga 17 Julai 2020.

Diskaun 40% Untuk Glamping Dan Floating Villa

Selain itu, buat yang berminat untuk merasai pengalaman berkhemah secara mewah, bolehlah membuat tempahan Glamping dan juga Floating Villa kerana kini pihak LOWT menawarkan diskaun 40% serta tiket masuk percuma untuk dua hari!

Mengenai keselamatan, jenama ‘Play With Confidence, Stay With Confidence’ telah diperkenalkan di LWOT di mana garis panduan yang dilaksanakan menjadikan taman ini lebih selamat seperti menggalakan pemakaian topeng muka dan mengamalkan penjarakkan sosial.

Ini termasuk kapasiti harian yang terhad di dalam taman serta pemeriksaan suhu badan yang diambil sebelum masuk.

Topik Berkaitan [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Grim Reaper 'Beria' Pujuk Gadis Menangis- "Hantu Dah Start Serba Salah"

Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan untuk Lost World Hotel, semua bilik akan ditutup setelah ruangan terlibat dibasmi kuman yang menjamin para tetamu pengalaman dan keselamatan yang lebih baik. Untuk tempahan klik DISINI.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Lost World Of Tambun
Share6Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara