• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Timbalan Menteri, Fuziah Sedia Jumpa Sajat & Safiey Bantu Krisis Identiti

by Ayden Mikhael
July 8, 2018
Share on Facebook

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh bersedia menemui dua usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti diri bagi membantu mereka kembali kepada fitrah.

Fuziah yang mempunyai latar belakang dalam bidang kaunseling berkata konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.

“Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah perlu diambil, bukan dengan cara menghukum,” katanya dipetik BERNAMA.

Beliau berkata demikian ketika Jamuan Aidilfitri Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Kuantan semalam. Memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah turut mempunyai Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari United Kingdom.

Katanya, pengalamannya sendiri pernah menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah.

“Kita bersedia membantu untuk selesaikan masalah mereka,” katanya.

Sebelum ini, Nur Sajat dan Safiey Ilias dipercayai menghadapi konflik identiti diri dan saling menyindir antara satu sama lain di laman sosial masing-masing.

Sumber : Bernama

Safiey Ilias Dakwa Beby Maembong Tak Beri Kerjasama Isu Tuntutan RM80 Juta?-"Jangan Sembang Pacai.."
Fuziah SallehNur Sajat KamaruzzamanSafiey Ilias
https://lomp.at/gcphs
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Kosmo
Lokal

Temui Pengganti Hati, Bekas Isteri Datuk Red Beri ‘Hint’ Kahwin Tahun Depan

by Nurul A.
December 24, 2025

Dalam diam, bekas isteri pertama usahawan kontroversi Datuk Red iaitu Syarifah Nor Shafila memberi isyarat bahawa dirinya sudah berpunya. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

by Naddy Joe
January 16, 2026

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Lokal

Sepupu Kena ‘Face Shaming’, Izara Aishah Beri Amaran- “Saya Tak Tolak Ansur Dengan Sikap Kurang Ajar”

by Nurul A.
December 18, 2025

Pelakon dan usahawan, Izara Aishah baru-baru ini meluahkan rasa marahnya selepas berlakunya insiden yang kurang menyenangkan semasa melakukan siaran langsung...

Read moreDetails
Lokal

Elyana Berang Wajah Anak Angkat Diejek Netizen!-“Kenapa Korang Biadab Sangat?..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan rasa berang terhadap tindakan salah seorang netizen yang bersikap biadap dengan mengutuk wajah anak angkatnya,...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore